Sejarah Gereja Kristian Tuhan di Kuching
Pemulihan Tuan tersebar ke Malaysia pada tahun 1928 menerusi dikbang Watchman Nee, dengan bangkitnya kesaksian Tuan di Sitiawan (sekarang dikenali sebagai Manjung) di Semenanjung Malaysia. Pada tahun 1938, seorang dikkak dari negara China, dikkak Hwang Bi Gwe dan dikbang Wu Hou Shen memberitakan injil di lembangan Sungai Rejang dan bersaksi berkenaan pemulihan Tuan. Pada masa tersebut, mereka mula mengadakan perhimpunan di kampung Engkilo, daerah Sibu di rumah dikbang L. Chen. Banyak orang diselamatkan kerana injil diberitakan secara meluas di situ. Selepas itu, perhimpunan pemecahan roti bermula di beberapa bandar: Kelupu, Tanjung Kunyit, Ensurai, Nang Chun, Sarikei, dan Bintangor.
Pada tahun 1940, dikbang Philip Luan dan dikkak Peace Wang melawat Sarikei, Bintangor, dan Sibu. Walau bagaimanapun, mereka menghadapi tentangan daripada denominasi dan dihadkan untuk menginap selama tiga hari sahaja. Pada tahun 1947, sebilangan pekudus yang mengasihi Tuan meninggalkan kampung halaman mereka, dan berpindah ke bandar untuk menetap di sana. Seterusnya pemulihan di bandar Sibu bermula menerusi kumpulan pekudus yang berhimpun di rumah dikbang Y. Chen. Dengan itu, bermulalah perhimpunan pemecahan roti di bandar Sibu. Menjelang akhir tahun 1955, dua keluarga berpindah ke Kuching dari Sibu.
Pada bulan Januari 1956, mereka mula berhimpun dan memecahkan roti di sebuah rumah kecil di Jalan Pisang Barat Kuching. Pada tahun 1957, mereka berpindah ke Jalan Padungan dan berhimpun di tingkat tiga sebuah bangunan kedai. Lebih kurang 10 orang pekudus berhimpun bersama pada masa tersebut.
Pada tahun 1960, pekudus berpindah ke Jalan Rock dan berhimpun di bangunan kedai. Bilangan pekudus yang berhimpun pada masa tersebut lebih kurang 12 hingga 15 orang. Pada tahun 1967, lebih kurang 15 orang pekudus yang berhimpun di denominasi, melihat tapak kesatuan gereja yang sejati dan amalan kehidupan gereja yang wajar selepas membaca buku dikbang Watchman Nee yang bertajuk “The Normal Christian Church Life”. Akhirnya mereka berpaling ke pemulihan Tuan.
Dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1969, pekudus berpindah ke sebuah bangunan kedai bagi Persatuan Teo Chew. Bilangan pekudus yang hadir pada masa tersebut antara 30 hingga 40 orang. Dari tahun 1969 hingga awal tahun 1990, abdi Tuan, iaitu dikbang Abraham Chang kerap datang melawat gereja di Kuching kerana beliau mengambil berat dan menjaga pertumbuhan dan kemajuan para pekudus. Pada tahun tersebut, ramai pekudus, keluarga demi keluarga, berpindah dari Sibu dan menetap di Kuching. Pada tahun 1975, pekudus dapat membeli sebuah dewan perhimpunan yang terletak di Jalan Central. Bilangan pekudus pada masa itu telah mencapai 50 hingga 60 orang.
Pada 12hb Januari 1986, tempat perhimpunan telah berpindah ke dewan perhimpunan di Jalan Chong Kiun Kong. Bilangan pekudus yang berhimpun mencapai 110 hingga 120 orang. Antara tahun 1986 dan 1987, ramai orang muda, terutamanya pelajar, diselamatkan menerusi injil. Akibatnya, bilangan pekudus yang percaya dan diselamatkan bertambah sehingga 230 sampai 280 orang. Pada tahun 1986, gereja melihat visi tentang jalan yang ditetapkan Tuhan, iaitu hidup, melahirkan, mengkhasiati, mengajar, dan membina. Gereja juga mula mengetuk pintu dan memberitakan injil dari rumah ke rumah.
Dari tahun 1987 hingga 1990, gereja memulakan amalan kumpulan kecil dan injil komuniti. Ramai warga pertengahan umur telah diselamatkan. Ini mengakibatkan pertambahan pekudus hingga 400 orang dan pertambahan kumpulan kecil dari 19 hingga 34 kumpulan.
Pada tahun 1990, abdi Tuan, dikbang Witness Lee, melawat gereja-gereja di Malaysia Timur, termasuk gereja di Kuching. Pada masa itu, gereja melihat kepentingan rangka kerja pembinaan: injil, rumah, kumpulan, dan distrik. Pada tahun 1991, bangunan baru (sekarang dikenali sebagai Blok C) dibina untuk amalan perhimpunan distrik.
Pada April 1992, kumpulan kecil telah bertambah daripada 34 kepada 43 kumpulan. Pada bulan Ogos tahun tersebut, Blok C siap dibina. Pada masa tersebut, terdapat enam distrik dan bilangan pekudus yang berhimpun melebihi 500 orang. Pada tahun 1993, gereja menyedari bahawa pertambahan kumpulan dan distrik merupakan jalan untuk penyebarluasan dan pelipatgandaan. Setahun kemudian, gereja memulakan Latihan Penyelenggara untuk menyempurnakan dikbang dan dikkak yang melayan dalam gereja.
Pada bulan Februari tahun 1994, kumpulan kecil meningkat daripada 43 kepada 56 kumpulan, perhimpunan distrik bertambah daripada 6 kepada 13 distrik, dan bilangan pekudus mencecah 600 orang. Pada bulan September tahun yang sama, menerusi buku “One Thousand Godly Families, Ten Thousand Little Samuels” yang diterbitkan oleh gereja di Taipei, visi tentang kumpulan kanak-kanak telah diwahikan. Seluruh gereja masuk ke dalam beban dan amalan ini dengan matlamat untuk mendapatkan 50 keluarga salih dan 500 orang Samuel kecil. Kumpulan kanak-kanak mula dipraktis pada bulan Oktober. Menurut laporan pada 16 Oktober, jumlah kanak-kanak mencapai 477 orang.
Pada tahun 1995, kem kingdom gereja-gereja Malaysia Timur yang pertama diadakan di Kuching. Pada tahun 1999, gereja di Kuching mengadakan kem tersebut sekali lagi. Persidangan tahunan serantau ini kemudian ditetapkan sebagai Persidangan Pembauran Gereja-gereja di Malaysia Timur.
Setelah latihan penyempurnaan bagi dikbang bertanggungjawab dalam kumpulan kecil pada bulan Februari 1997, perhimpunan distrik gereja bertambah daripada 13 kepada 27 distrik, kumpulan kecil meningkat daripada 56 kepada 105 kumpulan, dan jumlah pekudus melebihi 700 orang.
Gereja telah mengalami kehidupan gereja yang suam dan tidak menghasilkan buah selama tiga tahun (1997-1999). Pada bulan Mac 2000, gereja mengadakan lawatan ke luar negara, dan menamakannya sebagai “lawatan penyempurnaan pelayanan”. Dengan hati yang terdesak dan mencari, pekudus melawat gereja-gereja di Taiwan dengan harapan agar Tuan menunjukkan kepada mereka pelan biru bagi pembinaan gereja, dan menyempurnakan mereka. Pada bulan Mei tahun yang sama, gereja menerima Latihan penyempurnaan bagi jalan baru. Dengan sehati sejiwa, pekudus mengikut arus Roh Kudus, berjerih dan berjuang demi kesaksian Tuan di Kuching. Daripada keadaan yang terbantut pada masa lepas, gereja membuat satu permulaan yang baru dalam keadaan yang sama sekali baru dan halaman yang baru bagi pemulihan Tuan di lokaliti ini.
Gereja menjalankan “perubahan besar dalam empat aspek”-perubahan dari segi ekologi, konsep, kehidupan, dan rangka kerja, ditambah dengan “lima amalan agung yang perlu didirikan”-pemugaran pagi, doa, pembauran, kumpulan vital, serta penyempurnaan dan latihan. Pada bulan Oktober tahun 2000, jumlah pekudus yang menghadiri perhimpunan secara normal melebihi 1000 orang. Pada tahun 2001, gereja mengamalkan dan mempraktis kumpulan vital, agar setiap orang berfungsi secara organik menerusi melahirukan, mengkhasiati, mengajar, dan membina, demi pembinaan Tubuh Kristus.
Selepas setahun, gereja melihat koordinasi kumpulan vital dengan kumpulan kanak-kanak sebagai rahsia pelipatgandaan dan pertambahan gereja. Kumpulan kanak-kanak merupakan asas bagi memupuk keturunan rohani. Tambahan pula, ini merupakan jalan yang sangat baik untuk menyelamatkan kanak-kanak dan ibu bapa mereka daripada dunia yang akan binasa ini. Berdasarkan statistik gereja, bilangan kanak-kanak sekarang adalah melebihi 700 orang, dan bilangan pekudus lebih kurang 1200 orang.
Pada ketika itu, gereja telah menerima berkat yang istimewa dengan menyediakan penginapan kepada para pekudus yang melawat daripada seluruh dunia. Menerusi pembauran antara gereja-gereja, pekudus telah menikmati kurnia yang berlimpah dan berkat Tuan. Dalam dua setengah tahun ini (hingga Ogos 2002), gereja di Kuching telah melayan sejumlah 96 rombongan lawatan, iaitu sejumlah 3494 orang pekudus. Pada penghujung tahun 2002, gereja mempunyai 68 distrik dan jumlah pekudus mencapai 1200 orang.
Mulai tahun 2003, beban dan amalan gereja adalah seperti berikut:
1. Memupuk Keturunan Kepunyaan Tuhan:
Bertahun-tahun, menghasilkan dan memupuk pekudus muda telah menjadi perkara yang penting dalam pelayanan gereja. Ramai orang muda membesar dan disempurnakan dalam kehidupan gereja. Mereka belajar untuk memikul tanggungjawab dalam gereja dan dalam kerja Tuan di tempat yang lain. Kebelakangan ini, rangka kerja bagi kanak-kanak dan pelajar cenderung kepada penyempurnaan dan pendidikbinaan, lebih membantu dalam membangkitkan generasi gereja yang seterusnya. Semoga Tuan mendapatkan sekumpulan orang muda untuk bangkit dan berkoordinasi dengan-Nya demi penggenapan ekonomi Tuhan.
2. Mengejar Sabda Ministri dan Pembauran dalam Tubuh Kristus
Menerusi pengejaran terhadap pembicaraan ministri tujuh kali setahun, kedambaan para pekudus terhadap sabda Tuhan dan ministri zaman ini telah dibangkitkan. Para pekudus berlatih menjalani kehidupan Tuhan-manusia, mengamalkan kumpulan vital, dan membina Tubuh Kristus. Selain itu, para pekudus memperoleh banyak manfaat menerusi pembauran dalam Tubuh Kristus, dan ini mendalamkan perasaan mereka terhadap Tubuh.
3. Kehidupan Mempersembahkan Diri:
Setelah latihan penyelenggara pada bulan November 2004, Roh Kudus telah memimpin ramai pekudus untuk mempunyai persembahan yang tuntas dan menyeluruh. Ramai pekudus dan keluarga mereka mempersembahkan diri mereka semula kepada Tuan, melatih untuk menjalani kehidupan mempersembahkan diri, iaitu kehidupan Tuhan-manusia. Sampai hari ini secara teguh berterusan mereka melatih kehidupan yang salih, yang mengejar, dan yang melayan. Oleh itu, ramai pekudus sudi berbahagian dalam pelbagai pelayanan dalam gereja.
Mulai tahun 2006
1. Menggembala Menurut Tuhan:
“Pada tahun ini saya akan menghasilkan buah yang sihat dan kekal, sesihat saya”. Ini merupakan pengisytiharan korporat oleh ramai pekudus di hadapan Tuan pada kesudahan Persidangan Peringkat Antarabangsa Berbahasa Cina tahun 2006. Pada masa yang sama, mereka mengumumkan bahawa tahun tersebut merupakan ‘Tahun Penggembalaan Organik’ gereja. Pekudus tergalak agar membara-bara dalam injil dan kerja penggembalaan. Penggembalaan merupakan apa yang dilakukan oleh gereja secara aktif pada hari ini.
2. Menginjilkan Malaysia:
Demi pembinaan Tubuh Kristus dan persiapan Pengantin, injil kingdom perlu diberitakan kepada bumi yang berhuni. Ini merupakan amanat Tuan dan tanggungjawab muktamad pekudus. Gereja di Kuching menetapkan beberapa lokaliti yang berdekatan sebagai matlamat penyebarluasan. Pada bulan Februari 2006, gereja di Kota Samarahan didirikan. Kini, lebih kurang 80 orang pekudus (anggaran separuh daripada pekudus adalah pelajar Universiti Malaysia Sarawak) mengekalkan kehidupan gereja yang wajar dan berdiri sebagai kesaksian Tuan yang kukuh di tempat tersebut.
3. Pembinaan Bangunan Baru:
Pelipatgandaan dan penyebarluasan gereja secara berterusan menyebabkan dewan perhimpunan yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan. Menerusi doa dan persekutuan yang banyak, para dikbang yang bertanggungjawab berasa bahawa dewan perhimpunan yang lebih besar adalah perlu untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan. Menerusi pimpinan dan kedaulatan Tuan, Dia telah memberi sebidang tanah bersebelahan dengan dewan perhimpunan kepada gereja. Sementara itu, para pekudus mula memberi persembahan harta benda kepada Tuan demi keperluan pembinaan bangunan yang baru. Menerusi berkat Tuan dan kenikmatan para pekudus terhadap kurnia secara berterusan, persembahan oleh para pekudus berupaya menanggung segala kos pembinaan.
Mulai tahun 2007
1. Amalan “Sistem Dewan”:
Demi pengamalan kehidupan gereja dengan rangka kerja yang lebih sihat, beberapa orang dikbang telah melawat gereja-gereja di Taiwan untuk bersekutu. Pada pertengahan tahun 2007, gereja mula menggunakan sistem rangka dewan untuk mengamalkan kehidupan gereja. Ini membolehkan lebih ramai pekudus berfungsi secara organik dan disempurnakan, serta menjaga pelbagai keperluan gereja. Gereja di Kuching pada masa itu mempunyai enam dewan dan 48 distrik, yang tersebar di setiap sudut bandar Kuching.
2. Pembacaan Bible Versi Pemulihan:
Selama ini, dikbang dan dikkak membaca Bible, tetapi belum pernah ada jadual pembacaan bersama-sama bagi seluruh gereja. Untuk membawa semua dikbang dan dikkak ke dalam kekayaan rohani yang dibekali oleh ministri ini, dikbang yang memimpin menggalakkan dikbang dan dikkak untuk mengejar Bible Versi Pemulihan berserta nota kaki, untuk menikmati hayat dalam sabda Tuan yang hidup setiap hari, dan dikonstitutkan oleh kebenaran divin. Sekarang para pekudus lebih mendambakan sabda Tuan dan kekayaan dalam ministri zaman ini.
3. Menginjilkan Malaysia:
Para dikbang mula bersekutu tentang Serian (jarak memandu satu jam dari Kuching) dan Lundu (jarak memandu 90 minit dari Kuching) untuk kerja penyebarluasan. Mulai bulan Disember, para pekudus dari Dewan 2 telah melawat Lundu secara tetap. Tidak lama kemudian, perhimpunan kumpulan kecil telah didirikan bersama dengan pekudus lokal di sana setiap minggu.
(Sejarah ringkas masih dalam proses dikemas kini)