• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 10: Berdiri Menentang Syaitan

1 Ptr. 5:8 Hendaklah kamu berhemat; berjaga-jaga. Seterumu, iblis, seperti singa yang mengaum, berjalan ke sana sini mencari orang untuk dibaham.

1 Ptr. 5:9 Berdirilah menentang dia, kukuh dalam iktikadmu, mengetahui bahawa penderitaan yang sama juga terjadi kepada semua dikbangmu di dunia.

Satu Petrus 5:8-9 berkata, “Hendaklah kamu berhemat; berjaga-jaga. Seterumu, iblis, seperti singa yang mengaum, berjalan ke sana sini mencari orang untuk dibaham. Berdirilah menentang dia, kukuh dalam iktikadmu.” Sabda Tuhan menunjukkan kepada kita dengan jelas bahawa cara untuk berdiri menentang Syaitan adalah dengan iktikad.

PERCAYA BAHAWA PENAMPAKAN TUAN ADALAH UNTUK MEMBINASAKAN KERJA-KERJA IBLIS

Anak Tuhan telah datang ke bumi; Dia sudah dipernampakkan. Semasa Dia berada di bumi, Dia membinasakan kerja-kerja iblis ke mana sahaja Dia pergi. Lazimnya, kerja Syaitan tidaklah ketara, dia bersembunyi di sebalik banyak fenomena semula jadi. Akan tetapi, tidak ada sekali pun Tuan Yesus tidak mengherdiknya. Yang jelas, Tuan mengherdik Syaitan ketika Dia mengherdik pembicaraan Petrus (Mat. 16:22-23), ketika Dia mengherdik deman ibu mertua Petrus (Luk. 4:39), dan ketika Dia mengherdik angin ribut dan laut. Walaupun demon bersembunyi di sebalik banyak fenomena semula jadi, Tuan Yesus mengherdiknya. Ke mana sahaja Dia pergi, kudrat iblis pasti terhancur. Inilah sebabnya Tuan berkata, “Tetapi jika Aku, melalui Roh Tuhan mengusir demon, maka kingdom Tuhan sudah datang kepadamu” (Mat. 12:28). Dengan kata lain, ke mana sahaja Tuan pergi, Syaitan diusir keluar dari situ, dan kingdom Tuhan dipernampakkan di situ. Syaitan tidak boleh berada di tempat Tuan Yesus berada. Inilah sebabnya Dia mengatakan bahawa Dia dipernampakkan untuk membinasakan kerja-kerja iblis (1 Yoh. 3:8).

Kita juga harus percaya bahawa Tuan mempernampakkan diri-Nya di bumi, Dia bukan sahaja membinasakan kerja-kerja iblis, malah memberi kuasa kepada disipal-disipal-Nya untuk mengusir demon dalam nama-Nya. Tuan berkata, “Aku telah memberi kamu kuasa untuk menginjak ular dan kala jengking dan mengatasi segala kekuatan musuh” (Luk. 10:19). Setelah Dia naik ke syurga, Dia memberi nama-Nya kepada gereja agar gereja-Nya dapat meneruskan kerja-Nya di bumi. Tuan menggunakan kuasa-Nya untuk mengusir demon ketika Dia berada di bumi. Dia juga menyerahkan kuasa ini kepada gereja.

Kita perlu membezakan segala yang dimiliki iblis daripada segala yang kita miliki. Apa yang dimiliki iblis ialah kekuatan. Apa yang kita miliki ialah kuasa. Segala yang dimiliki Syaitan ialah kekuatan. Namun, Tuan Yesus telah memberi kita kuasa untuk jayeng atas segala kekuatan Syaitan. Kekuatan tidak setanding kuasa. Tuhan telah menyerahkan kuasa kepada kita, dan Syaitan pasti kalah.

PERCAYA BAHAWA KEMATIAN TUAN TELAH MENGHAPUSKAN IBLIS YANG MEMPUNYAI KUASA MAUT

Kematian Tuan Yesus di atas salib bukan sahaja menghapuskan dosa kita tetapi juga seluruh ciptaan lama. Manusia lama kita telah disalibkan bersama-Nya. Meskipun Syaitan berkuasa menerusi maut, semakin dia berkuasa menerusi maut, semakin teruklah dia kerana penguasaannya berhenti apabila manusia mati. Memandangkan kita sudah mati, maka dosa tidak dapat menyengat kita lagi. Syaitan tidak dapat berkuasa atas kita lagi.

Penyaliban kita bersama dengan Kristus merupakan satu fakta yang telah disempurnakan; ini kerja yang dilakukan oleh Tuhan. Bible tidak memberitahu kita bahawa mati bersama Tuan merupakan hal pada masa hadapan atau pengalaman yang kita harap-harapkan pada suatu hari kelak. Bible tidak mengatakan bahawa kita mengejar maut. Bible menunjukkan bahawa kita telah mati. Jika seseorang masih mengejar maut, ini bermakna dia masih belum mati. Namun, mati bersama dengan Kristus merupakan sesuatu yang diberi oleh Tuhan, sama seperti kematian-Nya untuk kita merupakan sesuatu yang diberi oleh Tuhan. Jika seseorang masih mengejar penyaliban, maka dia berdiri atas kedudukan tubuh daging, dan Syaitan berkuasa penuh atas orang yang berdiri atas kedudukan tubuh daging. Kita harus mempercayai kematian Tuan Yesus. Kita juga harus mempercayai kematian kita sendiri. Sebagaimana kita percaya bahawa Tuan mati untuk kita, begitu juga kita harus percaya bahawa kita telah mati dalam-Nya. Kedua-dua fakta ini, kita terdedah kepada serangan Syaitan. Oleh itu, kita harus berpegang pada fakta yang tergenap dan mengisytiharkan, “Puji dan syukur kepada Tuan; saya sudah mati.”

PERCAYA BAHAWA KEBANGKITAN TUAN TELAH MEMALUKAN SYAITAN

Kolose 2:12 berkata, “Dikebumikan bersama dengan-Nya dalam baptisan; dalam baptisan ini juga kamu dibangkitkan bersama dengan-Nya menerusi iktikad daripada operasi Tuhan, iaitu Dia yang membangkitkan-Nya daripada yang mati.” Ayat 15 berbicara tentang Tuan Yesus melucutkan pemerintah dan penguasa lalu “mempamerkan mereka secara terang-terang, menang dengan gemilang atas mereka dalam salib.” Ayat 20 berkata, “Jikalau kamu mati bersama dengan Kristus,” dan 3:1 berkata, “Jika kamu telah dibangkitkan bersama dengan Kristus.” Ayat-ayat ini bermula dengan kebangkitan dan berakhir dengan kebangkitan, manakala ayat-ayat di bahagian tengah berbicara tentang bagaimana kita berjaya dengan gemilang dalam salib. Oleh itu, kita berdiri dalam kedudukan kebangkitan dan berjaya dengan gemilang dalam salib.

Kita dapat berdiri menentang Syaitan kerana hayat kita ialah hayat kebangkitan. Hayat ini tidak ada kena-mengena dengan Syaitan. Hayat kita berasal daripada hayat Tuhan, iaitu hayat yang keluar daripada maut. Kekuatan Syaitan hanyalah sejauh maut. Apa yang dapat dilakukannya terhadap kita hanyalah setakat maut. Akan tetapi, hayat kita telah keluar daripada maut. Kita mempunyai hayat yang tidak dapat disentuhnya. Kita berdiri atas kedudukan kebangkitan, dan kita menoleh ke belakang dengan kejayaan gemilang menerusi salib.

Kita tidak dapat menanggulangi Syaitan dengan berdiri atas kedudukan harapan. Kita hanya dapat menanggunginya dengan berdiri atas kedudukan kebangkitan, iaitu kedudukan Tuan. Ini satu prinsip asas.

PERCAYA BAHAWA KENAIKAN TUAN KE SYURGA JAUH MENGATASI KUASA SYAITAN

Efesus 1:20-22 berkata, “Membangkitkan Dia daripada yang mati dan membolehkan Dia duduk di sebelah kanan Tuhan dalam kesyurgaan, jauh mengatasi…bukan hanya pada zaman ini tetapi juga pada zaman akan datang; dan Tuan telah menundukkan segala sesuatu di bawah kaki-Nya dan memberi-Nya menjadi Kepala atas segala sesuatu kepada gereja.” Ini bermaksud bahawa Tuan Yesus telah duduk dalam kesyurgaan dan jauh mengatasi segala kuasa Syaitan.

Efesus 2:6 berkata, “Dan membangkitkan kita bersama dengan-Nya serta mendudukkan kita bersama dengan-Nya dalam kesyurgaan dalam Kristus Yesus.” Inilah kedudukan kita sebagai seorang Kristian. Tuan Yesus telah bangkit dan duduk dalam kesyurgaan, jauh mengatasi segala kuasa Syaitan. Kita telah dibangkitkan bersama dengan-Nya dan duduk bersama dengan-Nya dalam kesyurgaan, jauh mengatasi segala kuasa Syaitan.

Efesus 6:11 hingga 13 berkata, “Pakailah baju zirah lengkap Tuhan supaya kamu dapat berdiri menentang tipu muslihat iblis…dan setelah menyempurnakan segalanya, kamu masih dapat berdiri teguh.” Bab dua menunjukkan bahawa kita telah duduk bersama dengan Tuan dalam kesyurgaan. Bab enam mengatakan bahawa kita perlu berdiri teguh. Bab dua mengatakan bahawa kita perlu duduk, sedangkan bab enam mengatakan bahawa kita perlu berdiri. Apa yang dimaksudkan dengan duduk? Duduk bermaksud berehat. Berehat bermaksud Tuan telah jayeng dan kita boleh berehat atas kemenangan-Nya. Inilah maksudnya bergantung pada kemenangan Tuan. Apakah yang dimaksudkan dengan berdiri? Berdiri bermaksud bahawa peperangan rohani bukan hal penyerangan tetapi pertahanan. Berdiri bukan bermaksud menyerang, tetapi bermaksud mempertahan. Oleh sebab Tuan Yesus telah menang sepenuhnya, maka kita tidak perlu menyerang lagi. Kemenangan salib sudah lengkap, maka tidak ada apa-apa yang perlu kita serang lagi.

Oleh itu, peperangan orang Kristian adalah untuk menangkis kegagalan dan bukan memperjuangkan kemenangan. Kita sudah jayeng. Kita berperang dari kedudukan kemenangan dan berperang untuk mengekalkan kemenangan yang sudah ada. Kita bukan berperang untuk memperoleh kemenangan. Kita berperang daripada kemenangan; kemenangan adalah sesuatu yang sudah ada dalam tangan kita. Peperangan yang dibicarakan dalam buku Efesus adalah berkenaan peperangan pejayeng, bukan berkenaan menjadi pejayeng menerusi peperangan. Kita perlu membezakan dua perkara ini.

BELAJAR BERKATA KEPADA SYAITAN DALAM APA-APA KEADAAN, “UNDUR KE BELAKANGKU”

Oleh itu, kita menanggulangi kerja Syaitan melalui kerja Tuan Yesus. Kita berdiri menentang Syaitan menerusi penampakan, kematian, kebangkitan, dan kenaikan-Nya ke syurga. Kita berdiri atas segala kerja yang disempurnakan Tuan. Hal ini memang memerlukan wahi. Kita perlu melihat penampakan Tuan. Kita perlu melihat kematian, kebangkitan, dan kenaikan Tuan ke syurga. Kita perlu mengetahui semua hal ini. Tidak kira dalam apa-apa keadaan, kita harus berkata kepada Syaitan, “Undur ke belakangku!” Semoga Tuhan merahmati kita supaya kita semua mempunyai iktikad sedemikian. Semoga kita percaya bahawa Tuan telah menyempurnakan empat hal ini untuk kita, dan semoga kita menggunakan iktikad yang teguh untuk berdiri menentang Syaitan dan menolak kerjanya atas kita. (Sabda untuk Percayawan Baru—Berdiri Menentang Iblis, m.s. 18, 19-20, 22, 23, 24, 25, 26-27, 28)

Bacaan Selanjutnya: Sabda untuk Percayawan Baru—Berdiri Menentang Iblis.

Comments are closed.