• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 10: Kumpulan Vital

Kis. 2:46 Hari demi hari, terus berteguhan dengan sehati sejiwa di dalam bait dan memecah roti dari rumah ke rumah, mereka sama-sama makan dengan sorak riang dan dengan hati murni,

Kis. 2:47 Memuji Tuhan dan beroleh kurnia bersama dengan semua orang. Dan Tuan menambahkan orang yang diselamatkan itu bersama-sama hari demi hari.

MEMBENTUK KUMPULAN VITAL

Mempunyai Persekutuan yang Menyeluruh dan Intim dengan Pekudus

Melaksanakan kumpulan vital bukan satu gerakan. Menjadi vital dan penuh bertenaga adalah perkara individu. Untuk menjadi vital dan penuh bertenaga, kamu perlu didesak oleh Tuan sehingga kamu berusaha sepenuh daya untuk mengejar Tuan secara mutlak. Selepas kamu beroleh kecergasan, kamu tidak harus menghimpunkan banyak pekudus untuk menggalakkan atau mendorong perkara ini sebagai satu gerakan. Sebaliknya, satu-satunya perkara yang harus kamu lakukan selepas beroleh kecergasan ialah mencari pimpinan Tuan tentang pekudus yang harus kamu hubungi dalam kalangan pekudus yang banyak. Kamu harus sama sekali ikut bimbingan Tuan, bahkan pimpinan-Nya untuk menghubungi orang dan bersekutu dengan mereka. Akan tetapi, kunjungan itu tidak melebih dua atau tiga orang setiap kali. Kamu harus memberi kesaksian kamu tentang bagaimana kamu didesak oleh Tuan dalam hal memperoleh kecergasan. Kamu harus mulai bersekutu secara menyeluruh dan intim dengan pekudus yang kamu hubungi, dan membawa mereka berdoa dengan mendesak. Doa sedemikian dipandang berat oleh Tuan.

Mempunyai Pertaubatan dan Persembahan yang Menyeluruh

Kamu juga harus membawa pekudus yang kamu hubungi untuk mengaku dosa secara menyeluruh terhadap Tuan, serta membantu mereka membayar sebarang harga, seperti yang kamu lakukan. Dengan ini, perhimpunan kumpulan yang vital, cergas, dan aktif dalam kepentingan Tuan akan terhasil. Apabila bilangan orang dalam kumpulan vital bertambah kepada sepuluh atau lebih, kamu perlu memisahkan kumpulan itu kepada dua kumpulan dan meminta setiap orang dalam kumpulan vital mengikut jalan yang sama menurut apa yang kamu lakukan, iaitu berlatih menjadi seorang yang vital.

Berdoalah tanpa Henti

Oleh sebab kamu sudah penuh dengan kecergasan, serta membangunkan kumpulan vital, kamu perlu berdoa demi gereja serta orang yang memimpin. Sekiranya Tuan memimpin, kamu harus membuat kesaksian dalam perhimpunan gereja, namun jangan mengutuk, memberi galakan atau dorongan. Jangan cuba untuk mengubah cara perhimpunan atau pelayanan. Jangan juga berikhtiar untuk memulakan sebarang perubahan. Kita perlu berdoa, namun kita harus mengelakkan sebarang fikiran ingin mempunyai perubahan yang mendadak. Setelah kamu mempunyai kecergasan, jangan memandang rendah terhadap sebarang orang, terutamanya pemimpin, yang lanjut usia, dan mereka yang sentiasa membantu orang. Jangan memandang hina terhadap orang yang lemah, dingin, dan sesetengah orang yang seolah-olah tidak mengambil berat terhadap hal-hal rohani. Secara kesimpulannya, jangan kamu berharap dapat nampak kesatuan gereja yang mutlak serta semua mengikut pandangan dan amalan kamu. Gereja bukan hasil buatan manusia, sebaliknya entiti organik lantaran pertumbuhan dalam hayat divin akibat Kristus bertambah dalam percayawan. (1993 Blending Conference Messages Concerning the Lord’s Recovery and Our Present Need, m.s. 142-143)

Bacaan Selanjutnya: 1993 Blending Conference Messages Concerning the Lord’s Recovery and Our Present Need, bab 7.

Comments are closed.