• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 10: Yerusalem Baru

Wahi 21:2 Dan aku nampak kota kudus itu, Yerusalem Baru, turun dari langit daripada Tuhan, disediakan bagaikan pengantin yang berdandan untuk suaminya.

Konsumasi Muktamad Seluruh Wahi Divin dalam Kitab Kudus

Yerusalem Baru ialah konsumasi muktamad seluruh wahi divin dalam Kitab Kudus. Kesimpulan bagi enam puluh enam buku dalam Bible diliputi dalam dua bab terakhir buku Wahi yang berbicara tentang Yerusalem Baru. Yerusalem Baru ialah hasil muktamad daripada enam puluh enam buku. Enam puluh enam buah buku meliputi banyak perkara, semua perkara berkonsumasi dalam satu perkara—Yerusalem Baru (God’s New Testament Economy, m.s. 284-285).

Bukan Kota Berbentuk Fizikal

Buku Wahi ditulis dengan menggunakan tanda. Jika kamu mengatakan bahawa tanda terakhir dalam Yerusalem Baru ialah kota yang sebenar dan fizikal; bagaimana dengan kaki pelita sebagai tanda pertama dalam buku ini? Adakah tujuh bintang itu bintang yang sebenar? Bagaimana dengan Anak Domba? Percayakah kamu bahawa Kristus yang merupakan Anak Domba Tuhan adalah domba sebenar yang mempunyai empat kaki dan satu ekor? Adakah Singa daripada suku Yehuda mirip dengan singa yang hidup di zoo? Mentafsirkan tanda-tanda dalam buku Wahi adalah tidak logik. Yerusalem Baru adalah satu tanda dan bukannya kota yang sejati, sebenar, dan fizikal. Babylon besar juga adalah tanda bagi gereja yang palsu. Babylon besar dan Yerusalem Baru adalah dua tanda terakhir dalam buku Wahi. Satu kota ialah tanda bagi gereja yang palsu dan kota yang satu lagi, iaitu kota kudus mentamsilkan konsumasi muktamad bagi gereja yang sejati. Babylon besar ialah perempuan sundal. Yerusalem Baru ialah isteri Anak Domba. Memandangkan buku Wahi adalah sebuah buku yang ditulis dengan tanda-tanda, maka Yerusalem Baru tidak terkecuali yang juga adalah satu tanda.

Merupakan Satu Konstitusi Organik

Yerusalem Baru ialah komposisi semua pekudus dalam kala zaman Wasiat Lama dan Wasiat Baru yang dilahirukan. Mereka dibina bersama melalui Tuhan untuk menjadi pembinaan abadi Tuhan. Yerusalem Baru juga adalah manusia tripartit yang ditebus, dilahirukan, ditransform, dan dimuliakan, berbaur dengan Tuhan Tritunggal yang terproses dan berkonsumasi. Dalam inkarnasi, penyaliban, dan kebangkitan, Tuhan Tritunggal telah melalui proses dan berkonsumasi menjadi satu dengan manusia pilihan-Nya. Melewati beberapa generasi dalam kala zaman Tuhan, manusia tripartit telah ditebus, dilahirukan, ditransform, dan dimuliakan, bersatu dengan Tuhan Tritunggal yang mempratakdirkan mereka dalam keabadian lampau untuk menjadi pasangan, tempat huni, dan ekspresi-Nya pada keabadian akan datang.

Selain itu, Yerusalem Baru akan menjadi manifestasi muktamad Tuhan Tritunggal yang terproses dan terkonsumasi demi ekspresi-Nya dalam keinsanan yang dilahirukan, ditransform, dan dimuliakan dalam keabadian. (The Conclusion of the New Testament, m.s. 2694-2695)

Bacaan Selanjutnya: God’s New Testament Economy, bab 26; Elders’ Training, Book 2, bab 5-13; The Conclusion of the New Testament, mesej 254-264; The Application of the Interpretation of the New Jerusalem to the Seeking Believers, bab 1.

Comments are closed.