• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 11: Perhimpunan Kumpulan

Ef. 5:19 Berbicara kepada satu sama lain dengan mazmur, kidung, dan nyanyian rohani, bernyanyi dan bermazmur dengan hatimu kepada Tuan.

Kol. 3:16 Hendaklah sabda Kristus huni dalam kamu dengan kayanya dalam segala kearifan, mengajar dan menegur satu sama lain dengan mazmur dan kidung serta nyanyian rohani, bernyanyi dengan kurnia dalam hatimu kepada Tuhan.

Flp. 2:1 Oleh itu, dalam Kristus, jika ada apa-apa galakan, jika ada apa-apa pelipuran kasih, jika ada apa-apa persekutuan roh, jika ada apa-apa kelembutan hati dan belas kasihan.

PERHIMPUNAN KUMPULAN HARUS MENGKONSTITUT LAPAN PULUH PERATUS DARIPADA KEHIDUPAN GEREJA

Berkenaan perhimpunan kumpulan, kita harus sedar bahawa langit dan bumi boleh ditinggalkan, tetapi perhimpunan kumpulan kecil sama sekali tidak boleh ponteng. Sebenarnya, lapan puluh peratus daripada kehidupan gereja terdiri daripada perhimpunan kumpulan. Ini kerana perhimpunan kumpulan adalah sebahagian daripada jalan yang ditetapkan Tuhan. Perkara ini diwahikan dengan jelas dalam Wasiat Baru. Gereja wujud pada hari Pentakosta. Menurut Kisah Para Dutus 2:46, percayawan yang baru diselamatkan mulai berhimpun di rumah mereka dengan serta-merta. Ayat 46 menggunakan frasa ‘dari rumah ke rumah’. Berdasarkan bahasa Yunani, frasa ini membawa maksud percayawan mengambil rumah sebagai tempat berhimpun, rumah adalah unit asas perhimpunan mereka. Justeru, Wasiat Baru menunjukkan bahawa rumah kita semua harus mempunyai perhimpunan. Sememangnya perhimpunan di rumah tidak harus semata-mata kita dan keluarga kita, perhimpunan kita juga harus merangkumi orang lain. Inilah perhimpunan kumpulan di rumah kita. (Fellowship Concerning the Urgent Need of the Vital Groups, bab 2)

AMALAN PERHIMPUNAN KUMPULAN

Berbicara, Menyanyi Mazmur, Kidung, dan Nyanyian Rohani

Sekarang kita perlu berfikir tentang cara kita berhimpun dalam kumpulan. Efesus 5:18 memberitahu kita bahawa kita perlu dipenuhi dalam roh. Sebagai percayawan yang mengasihi Tuan, mencari tujuan-Nya, dan mempunyai beban terhadap pemulihan-Nya, kita seharusnya orang yang dipenuhi dalam roh sepanjang hari. Kita harus dipenuhi oleh Tuhan Tritunggal yang kini Roh almuhit bagi kita. Apabila kita dipenuhi secara dalaman, kita pasti akan mengungkapkan sesuatu daripada roh kita. Efesus 5 memberitahu kita bahawa kita akan berbicara kepada orang dan menyanyi apabila kita dipenuhi. Pembicaraan dan nyanyian kita bukanlah bahasa yang biasa. Kita mungkin akan berbicara atau menyanyi mazmur, iaitu puisi yang lebih panjang. Kita boleh berbicara atau menyanyi mazmur, iaitu puisi yang lebih panjang. Kita boleh berbicara kidung, iaitu puisi yang lebih pendek berbanding dengan mazmur, ataupun kita juga boleh berbicara atau menyanyi nyanyian rohani yang lebih pendek lagi.

Sebelum kita datang berhimpun, kita harus berbicara serta menyanyi mazmur, kidung, dan nyanyian rohani awal-awal lagi. Bahkan di rumah, adalah bagus jika kita sering berbicara dan menyanyi kidung. Suami mungkin berkata, “’Nilah kisah ku dan kidung ku, pujilah Kristus Penyelamat…”. Isteri balas dengan “Pujilah Kristus setiap saat” (Kidung, #265). Ataupun isteri berkata, “Tirai belah, ku tembus, / Mulianya takkan pupus.” Suami menjawab, “Haleluya! Haleluya! Kini ku hidup di hadrat Sang Raja” (Kidung, #416). Jika kita dipenuhi dalam roh, kita akan mempunyai sesuatu untuk diluahkan. Perhimpunan kumpulan mungkin bermula pada pukul tujuh setengah petang, namun jika sepasang suami isteri mulai menyanyi pada pukul enam petang semasa makan malam, perhimpunan kumpulan sememangnya sudah bermula. Perhimpunan ini boleh diteruskan bersama dengan pekudus yang lain dalam perjalanan mereka pergi berhimpun.

Jika saya sudah sampai di tempat perhimpunan dan orang lain belum sampai, saya tidak patut duduk dengan diam dan menunggu kedatangan orang lain. Saya boleh mula berbicara, berdoa, dan menyanyi. Sekurang-kurangnya ada malaikat bersama dengan saya, saya tidak keseorangan. Bible dengan jelasnya mengatakan bahawa semasa Petrus dilepaskan dari penjara dan pergi ke rumah Maria, mereka beranggapan bahawa itu ialah malaikatnya (Kis. 12:15). Tuan Yesus mengatakan bahawa bahkan seorang daripada yang kecil itu mempunyai malaikat (Mat. 18:10). Kita boleh memulakan perhimpunan kumpulan dengan berbicara, memuji dan menyanyi.

Bersekutu, Berdoa-pinta, Saling Membelai, dan Menggembala

Wasiat Baru tidak memberi perincian tentang perhimpunan kumpulan, namun dalam Ibrani 10:24-25, 2 Timotius 2:2, dan Efesus 4:11-12, terdapatnya “tingkap” kecil untuk melihat amalan perhimpunan kumpulan. Ini akan membantu kita untuk melihat bagaimana mereka berhimpun pada zaman itu. Dalam sabda Tuhan, kita akan melihat persekutuan, berdoa-pinta untuk satu sama lain, saling membelai dan menggembala. Persekutuan membolehkan pekudus mengetahui keadaan dan situasi sesama sendiri, dan ini membawa kita berdoa-pinta untuk satu sama lain. Kemudian, kita akan mengunjung dan membelai satu sama lain. Menerusi persekutuan, kita sedar bahawa seseorang dikbang telah mengalami kemalangan. Situasi ini memimpin kita berdoa untuk dikbang dan keluarganya. Seterusnya, kita mungkin mengambil berat tentang keperluan kewangan dikbang tersebut dan mempunyai beban untuk menjaga keperluan kesihatannya. Semua ini tidak harus dilaksanakan secara rasmi. Ini adalah pengaliran Roh secara spontan. Saya berharap mulai sekarang, kita semua dapat berhimpun dalam kumpulan secara organik.

Saling Mengajar

Demi penyempurnaan pekudus, mengajar amat diperlukan dalam perhimpunan kumpulan, sementara setiap orang dalam perhimpunan tersebut adalah guru dan tidak harus menetapkan beberapa orang sebagai guru sahaja. Bahkan seorang yang baru diselamatkan dua minggu yang lepas juga boleh menjadi guru kecil. Dalam perhimpunan kumpulan, setelah melatih roh untuk bersekutu, berdoa-pinta, saling membelai dan menggembala, tiba-tiba seorang dikbang mungkin menanya soalan. Dia mungkin bertanya tentang pendispenan Tuhan. Semua pekudus mungkin memandang kepada pekudus yang paling lanjut usia dalam perhimpunan, namun adalah lebih baik membiarkan orang yang baru diselamatkan menjawab soalan ini. Ini memberi peluang kepada dia untuk bercakap. Orang yang baru diselamatkan itu mungkin berkata, “Pendispenan Tuhan ialah Tuhan mendispenkan diri-Nya ke dalam roh kita.” Jika dia baru diselamatkan selama satu atau dua bulan, semua orang akan digalakkan lantaran pembicaraannya. Enam atau tujuh orang berkongsi beberapa minit adalah lebih baik berbanding dengan seorang berkongsi panjang lebar. Pengajaran sedemikian adalah kaya dan almuhit. Dari pelbagai aspek, ini adalah lebih baik berbanding dengan hanya seorang berkongsi. Jika semua berkongsi, semua pekudus akan gembira dan semua akan belajar. Inilah jalan untuk kita semua disempurnakan.

Jika pekudus datang ke perhimpunan sebegini sebanyak empat puluh atau lima puluh kali dalam setahun, semua akan mengalami pengajaran yang banyak. Percayawan baru juga akan disempurnakan. Bukan itu sahaja, banyak hal praktikal akan terlaksana kerana ini adalah perhimpunan kumpulan. Amalan ini merupakan jalan yang wajar untuk bersekutu, berdoa-pinta, saling membelai, menggembala, dan menyempurnakan satu sama lain dengan mengajar sesama sendiri.

Melaksanakan Pelayanan Gereja

Jika kita mengalami kekayaan perhimpunan ini, kita akan memikul beban untuk mengambil langkah pertama dalam jalan yang ditetapkan Tuhan, iaitu keluar untuk mengunjungi orang. Kemudian, kita perlu menjaga orang baru yang kita peroleh. Ini bererti bahawa perhimpunan kumpulan memikul pelayanan gereja. Akhirnya, perhimpunan kumpulan ini akan menjadi miniatur kehidupan gereja. (The Exercise and Practice of the God-ordained Way, m.s. 231-233)

Bacaan Selanjutnya: Fellowship Concerning the Urgent Need of the Vital Groups, bab 1 dan 2; The Exercise and Practice of the God-Ordained Way, bab 24; The Practice of the Group Meeting, bab 2.

Comments are closed.