• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 13: Ministri Wasiat Baru

Kis. 1:7 Tetapi Dia berkata kepada mereka, Bukanlah bagi kamu untuk mengetahui masa atau musim yang ditetapkan Bapa dengan kuasa-Nya sendiri.

Ef. 4:11 Dan Dia sendiri memberi sesetengah sebagai dutus, sesetengah sebagai penyabda, sesetengah sebagai penginjil, sesetengah sebagai gembala dan pengajar,

Ef. 4:12 Untuk menyempurnakan para pekudus demi kerja ministri itu, demi pembinaan Tubuh Kristus.

MINISTRI WASIAT BARU ADALAH UNIK DALAM ALAM SEMESTA

Dalam seluruh alam semesta terdapat hanya dua ministri. Dua Korintus 3 mengatakan bahawa ministri waadah lama ialah “ministri kepunyaan maut” dan “ministri pengutukan” (ay. 7, 9). Ministri waadah lama hanya melakukan dua perkara—mengutuk orang dan menyebabkan orang mati. Akan tetapi, waadah baru dan ministri baru yang berdasarkan waadah baru ialah ministri Roh dan ministri keadilbenaran, yakni ministri justifikasi (ay. 8, 9).

Kerja ministri Wasiat Baru ialah menggenapkan ekonomi Wasiat Baru Tuhan yang berkaitan dengan gereja (Ef. 3:9-10), agar Tubuh Kristus dibina. Efesus 4:12 mengatakan bahawa semua pekudus perlu disempurnakan “demi kerja ministri itu”. Ini bermaksud bahawa beratus-ratus, bahkan beribu-ribu pekudus dapat disempurnakan demi kerja ministri itu. Dalam ayat ini, istilah “ministri” digunakan yang semestinya merujuk kepada satu-satunya ministri Wasiat Baru untuk menggenapkan kehendak abadi Tuhan yang terangkum dalam waadah baru. Waadah baru Tuhan mengandungi ekonomi Tuhan. Untuk menggenapkan ekonomi ini, kerja amat diperlukan, sementara kerja itu ialah ministri. Dalam ayat 12, frasa “demi pembinaan Tubuh Kristus” wujud selepas “demi kerja ministri itu”. Ini jelas menandakan bahawa melakukan kerja ministri itu bererti membina Tubuh Kristus.

SEMUA MINISTER MASING-MASING MEMPUNYAI BAHAGIAN MEREKA DALAM MINISTRI KORPORAT INI

Ministri unik Wasiat Baru merangkumi semua kerja para dutus (ministri-ministri), manakala para dutus ialah minister-minister waadah baru. Dalam 2 Korintus 3:6 bentuk jamak “minister” digunakan manakala bentuk mufrad “ministri” digunakan dalam ayat 8 dan 9. Kemudian, dalam 4:1 Paulus berkata, “Oleh itu, memandangkan kami telah beroleh ministri ini menurut rahmat yang telah ditunjukkan kepada kami, maka kami tidak tawar hati.” Dalam ayat ini, Paulus menggunakan “kami” sebagai kata ganti nama yang berbentuk jamak. Dia bukannya mengatakan bahawa dia (mufrad) telah beroleh ministri; sebaliknya, dia mengatakan bahawa kami (jamak) telah beroleh ministri (mufrad). Kami di sini bukan sahaja merangkumi Paulus, malah semua minister waadah baru. Semua ini menunjukkan bahawa walaupun minister waadah baru adalah banyak, ministri waadah baru hanyalah satu. Ministri ialah pelayanan, kerja, manakala minister adalah orang yang melayan. Orang yang melayan adalah banyak. Selepas dua belas dutus, terdapat banyak minister, termasuk Paulus, Barnabas dan lain-lain lagi, yang berbahagian dalam ministri ini. Walaupun minister adalah banyak, namun minister yang banyak hanya mempunyai satu ministri.

Paulus mengarahkan Timotius untuk menyempurnakan ministrinya. Dalam 2 Timotius 4:5, Paulus menyebut tentang ministri Timotius sebagai ministri yang individu. Ini adalah ministri individu Timotius, namun ministri individu ini adalah ministri korporat, “ministri ini”, iaitu sebahagian daripada ministri unik waadah baru. Ministri dalam 2 Korintus 4:1 adalah ministri korporat bagi semua minister waadah baru. Dalam ministri korporat ini, Paulus mempunyai bahagiannya, Petrus mempunyai bahagiannya, dan Timotius mempunyai bahagiannya. Semua minister mempunyai bahagian mereka sendiri daripada ministri ini. Semua ini ditambahkan bersama menghasilkan “ministri ini”, iaitu ministri Wasiat Baru. (The Ministry of the New Testament and the Teaching and Fellowship of the Apostles, bab 1)

PERPECAHAN BERASAL DARIPADA AJARAN-AJARAN YANG BERBEZA DALAM MINISTRI-MINISTRI YANG BERBEZA

Saya mempunyai beban untuk menekankan butir tentang kesatuan ministri kerana hal yang paling merosakkan dalam kalangan orang Kristian ialah perpecahan dan kekeliruan. Tambahan pula, semua perpecahan dan kekeliruan berasal daripada satu sumber, dan sumber itu ialah ministri-ministri yang berbeza.

Kepada semua pekudus yang dikasihi, saya membicarakan kata-kata amaran sedemikian, saya juga berbicara kepada diri saya sendiri. Kebanyakan masa ketika saya nampak sesuatu yang baru, saya akan mempertimbangkannya dengan berhati-hati di bawah cahaya minstri Tuan hari ini. Saya mesti mempertimbangkan setiap butir secara berhati-hati menurut ekonomi asas Tuhan. Cara saya mempertimbangkan setiap butir dan membuat keputusan tentang setiap butir adalah bergantung pada ekonomi asas Tuhan, untuk melaksanakan ministri Kristus yang menghasilkan gereja.

Jika kita mematuhi prinsip asas dan faktor asas berkenaan ekonomi Tuhan, kita akan dilindungi. Namun, setiap orang daripada kita perlu berjaga-jaga, bukan sahaja untuk orang lain, bahkan untuk diri kita sendiri agar kita tidak dipergunakan musuh untuk membawa masuk pemikiran atau ajaran yang berbeza yang seolah-olah berpadanan dengan Bible. (Elders’ Training, Book 1: The Ministry of the New Testament, bab 1)

MATLAMAT MINISTRI WASIAT BARU— MEMBINA TUBUH KRISTUS DAN BERKONSUMASI DALAM YERUSALEM BARU

Yerusalem Baru sebagai matlamat ekonomi Tuhan merupakan inkorporasi universal antara Tuhan yang berkonsumasi dan percayawan yang dilahirukan-Nya. Tuhan dalam Triniti Divin-Nya merupakan satu inkorporasi, ketiga-tiga dalam Triniti Divin saling menghuni dan bergerak bersama-sama dalam kesatuan (Yoh. 14:10-11). Tambahan pula, Kristus berada dalam Bapa, kita berada dalam Kristus, dan Kristus juga berada dalam kita (ay. 20). Konsumasi muktamad dan totaliti ketiga-tiga “berada dalam” ialah Roh realiti, yakni Kristus sendiri menjadi realiti dalam kita (ay. 17). Roh realiti datang bukan sahaja menyertai kita, malah berada dalam kita. Kita berada dalam Anak Tuhan, dan Anak Tuhan berada dalam kita dan juga dalam Bapa; semua ini mewahikan satu inkorporasi. Inkorporasi ini pertama-tamanya ialah Tubuh Kristus dan kemudian ialah Yerusalem Baru. Ekonomi Tuhan ialah memperoleh satu Tubuh bagi Kristus yang berkonsumasi dalam Yerusalem Baru, yakni inkorporasi universal antara Tuhan yang berkonsumasi dan percayawan yang dilahirukan yang diperbesar. (Crystallization-study of the Humanity of Christ, bab 6)

Bacaan Selanjutnya: The Ministry of the New Testament and the Teaching and Fellowship of the Apostles, bab 1; Elders’ Training, Book 1, bab 1; Crystallization-study of the Humanity of Christ, bab 6.

Comments are closed.