• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 13: Pembaruan

Roma 12:2 Dan janganlah dibentuk mengikut zaman ini, tetapi hendaklah ditransform melalui pembaruan minda agar kamu dapat mengujibuktikan apakah kehendak Tuhan, iaitu yang baik, diperkenan, dan sempurna.

Tit. 3:5 Bukan berasaskan kerja-kerja dalam keadilbenaran yang telah kita lakukan tetapi menurut rahmat-Nya Dia telah menyelamatkan kita, menerusi pembasuhan kelahiruan dan pembaruan Roh Kudus.

PENGUDUSAN DARI SEGI DISPOSISI MEMBAWA MASUK PEMBARUAN

Kita beroleh hayat Tuhan melalui kelahiruan, sementara pengudusan mentransform sifat kita. Apabila percayawan dikuduskan oleh Roh Kudus dari segi disposisi, secara spontan mereka akan diperbarui dalam hayat rohani.

PEMBARUAN MINDA

Roma 12:2a berkata, “Dan janganlah dibentuk mengikut zaman ini, tetapi hendaklah ditransform melalui pembaruan minda.” Kita tidak harus dibentuk mengikut zaman ini. Ini bermaksud bahawa kita tidak harus mengikut fesyen. Sebaliknya, kita harus ditransform menerusi pembaruan minda. Pembaruan yang dibicarakan dalam Bible ialah pembaruan minda, ini termasuk semua hal berkenaan minda. Minda ini merupakan mentaliti kita, falsafah, konsep agama, serta pandangan kita terhadap orang, benda, dan sebagainya. Kita perlu diperbarui terutamanya dalam minda kita.

BERUBAH DARI LAMA KEPADA BARU MENERUSI AJARAN BIBLE DAN PENCAHAYAAN ROH KUDUS

Bagaimanakah minda kita diperbarui agar seluruh bahagian kita juga dapat diperbarui? Jalan untuk diperbarui bergantung pada berdoa dan membaca Bible, kerana minda kita diperbarui dengan membuang semua konsep lama kita tentang hal dalam kehidupan manusia dan diperbarui menerusi ajaran Bible dan pencahayaan Roh Kudus. Apabila kamu membaca Bible sehingga tahu benar akan Bible, Roh Kudus akan mencahayai kamu dan membimbing kamu. Saban hari kamu berdoa dan membaca Bible dengan sedemikian, Roh Kudus akan mencahayai kamu, lalu membuang elemen lama dalam minda kamu dan memperbarui kamu. Dengan demikian, pandangan kamu akan berubah, dan kamu beroleh pembaruan.

AGAR PERCAYAWAN MENGALAMI TRANSFORMASI DALAM HAYAT ROHANI

Pembaruan minda sebegini membawa masuk transformasi dalam hayat rohani percayawan. Titus 3:5 berbicara tentang pembasuhan kelahiruan dan pembaruan Roh Kudus. Pembasuhan kelahiruan membasuh hayat lama kita; seterusnya, pembaruan Roh Kudus mengubah minda kita. Sebaik sahaja minda kita diperbarui, seluruh bahagian kita akan ditransform. Ini adalah ditransform dengan pembaruan minda. Pembasuhan kelahiruan membasuh dan membuang segala hal dalam sifat manusia lama kita. Pembaruan Roh Kudus pula mendispenkan unsur baru, iaitu esens divin manusia baru, ke dalam kita. Dengan itu, kita beralih dari situasi lama yang kita berada pada masa dahulu ke dalam situasi yang sama sekali baru, iaitu daripada keadaan ciptaan lama masuk ke dalam keadaan ciptaan baru. (The Organic Aspect of God’s Salvation, m.s. 43-46)

Bacaan Selanjutnya: CWWL, The Organic Aspect of God’s Salvation, bab 3; Rahsia Penyelamatan Organik Tuhan: “Roh itu Sendiri Bersama dengan Roh Kita”, bab 3.

Comments are closed.