• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 14: Jalan yang Ditetapkan Tuhan

Yoh. 15:16 Kamu tidak memilih Aku, tetapi Aku memilihmu; Aku menetapkan kamu supaya kamu mara dan menghasilkan buah, dan supaya buah kamu kekal, agar apa jua yang kamu minta daripada Bapa dalam nama-Ku, dapatlah Dia memberikannya kepadamu.

JALAN YANG DITETAPKAN TUHAN MENJADI JALAN YANG MENGAMALKAN EKONOMI WASIAT BARU

Jalan baru Tuan adalah satu mimpi dan kita semua perlu dibawa masuk ke dalam mimpi ini. Kita semua harus memikul tanggungjawab dan beban untuk membawa mimpi ini ke seluruh bumi. Atas rahmat Tuan, jika kita setia mengamalkan ekonomi Wasiat Baru menurut jalan yang ditetapkan Tuhan, kita akan melihat penggenapan mimpi ini. (The God-ordained Way to Practice the New Testament Economy, bab 1)

EMPAT LANGKAH DALAM JALAN YANG DITETAPKAN TUHAN—MELAHIRKAN, MENGKHASIATI, MENGAJAR, DAN MEMBINA

Melahirkan—Memperoleh Orang dengan Mengetuk Pintu

Pelayanan pertama yang ditetapkan Tuhan untuk kita dalam ekonomi Wasiat Baru ialah “pergi dan disipalkanlah semua bangsa” (Mat. 28:19). Maksud perkataan “pergi” ini sangat mendalam dan luas. Apabila kamu pergi, sudah pasti kamu akan mengunjungi orang. Selepas kajian untuk suatu tempoh masa yang panjang, kami mendapati bahawa cara yang paling berkesan ialah mengetuk pintu dan mengunjungi orang.

Bagaimanakah kita dapat berbuah dan menyelamatkan orang? Kita menyelamatkan orang dengan mengamalkan mengetuk pintu, mengunjungi orang, dan memberitakan injil. Sebenarnya, persoalannya bukan pada mengetuk pintu, tetapi pergi menghubungi orang. Untuk menyelamatkan orang, kita perlu menghubungi orang. Dalam Kisah Para Dutus 1:8 Tuan berkata, “Tetapi kamu akan menerima kudrat apabila Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan menjadi saksi-saksi Aku di Yerusalem, di seluruh Yudea, dan Samaria serta sampai ke bahagian hujung bumi.” Dalam pemberitaan injil, kita bekerja dari pusat ke lilitan, kemudian sampai ke bahagian hujung bumi. Oleh itu, pertama-tamanya kamu harus memberitakan injil kepada ahli keluarga kamu, kemudian kepada saudara-mara kamu. Tambahan pula, jiran, rakan sekelas, rakan sekerja merupakan sasaran yang harus kamu hubungi. Bahkan kamu boleh pergi menginjil di taman pada hujung minggu dengan menghentikan salah seorang yang berada di situ. Kita mempunyai banyak peluang, persoalannya ialah sama ada kita buat atau tidak.

Mengkhasiati—Menggembala dalam Perhimpunan Rumah

Sebaik sahaja seseorang dibaptis dan keluar dari air, dengan serta-merta kamu perlu meluangkan masa yang lama untuk bersekutu dengannya. Ini merupakan perhimpunan rumah buat kali pertama bagi dia. Selepas itu, kamu harus membuat temu janji seterusnya dengan dia, lebih baik dalam satu, dua hari ini. Ini kerana bayi yang baru dilahirkan memerlukan penjagaan yang khusus.

Mengajar—Mengajar dan Menyempurnakan dalam Perhimpunan Kumpulan

Perhimpunan kumpulan harus bermula di rumah kamu sendiri. Walaupun masa perhimpunan mungkin ditetapkan pada pukul 7:30, namun kamu boleh mulai berdoa di rumah kamu sendiri sebelum pukul tujuh. Dalam perjalanan ke perhimpunan, kamu harus terus berdoa dan memuji. Apabila kamu sampai di rumah dikbang, mungkin ada dikbang yang sampai lebih awal daripada kamu. Kamu pun mulai berhimpun dengan memuji, berdoa, atau bersekutu. Isi kandungan dalam perhimpunan selalunya berkaitan dengan beberapa butir, iaitu pertama ialah bersekutu; kedua ialah berdoa; ketiga ialah saling mengambil berat; keempat ialah mengajar kebenaran; kelima ialah mengejar hayat; keenam ialah saling memberi galakan dan ajaran, memberitakan injil dengan keluar melawat orang. Setiap kali kita berhimpun dalam perhimpunan kumpulan, apa yang kita lakukan, isi kandungannya harus berkaitan dengan salah satu daripada enam perkara tersebut.

Membina—Bertutur-sabda dalam Perhimpunan Distrik

Bertutur-sabda bererti berbicara demi Tuan dan membicarakan Tuan. Ini adalah untuk membekalkan Kristus kepada orang lain. Inilah hal yang paling penting dalam perhimpunan gereja. Apa yang dikehendaki Tuhan ialah wadah yang korporat, yakni gereja, Tubuh Kristus. Terdapat satu bab dalam Bible yang berbicara secara khusus tentang pembinaan gereja, iaitu 1 Korintus bab 14. Bab ini menyebut tentang “pembinaan” sekurang-kurangnya lima kali. Bab ini tidak berbicara tentang hal yang lain dan hanya berbicara dengan khususnya tentang bertutur-sabda kerana bertutur-sabda dapat membina gereja. (The Organic Practice of the New Way, m.s. 8-14)

Bacaan Selanjutnya: The God-ordained Way to Practice the New Testament Economy, bab 1; The Organic Practice of the New Way, bab 1-3; The Practical and Organic Building Up of the Church, bab 3.

Comments are closed.