• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 14: Transformasi

2 Kor. 3:17 Dan Tuan ialah Roh itu; di mana sahaja Roh Tuan, di situlah kebebasan.

2 Kor. 3:18 Tetapi kita semua dengan muka yang tidak diselubungi, seperti cermin menatap dan memantulkan kemuliaan Tuan, sedang ditransform menjadi imej yang sama daripada kemuliaan kepada kemuliaan, sebagaimana daripada Tuan Roh.

TRANSFORMASI MERUPAKAN FUNGSI METABOLIK BAGI HAYAT

Transformasi bukannya perubahan ataupun pembetulan luaran, namun fungsi metabolik bagi hayat Tuhan dalam percayawan. Transformasi bukannya membuat pelarasan secara luaran, sebaliknya ini adalah fungsi metabolik secara dalaman dan dipernampakkan secara luaran. Contohnya, wajah seseorang yang malnutrisi, kurus dan sakit tidak dapat diperbaiki hanya dengan mengenakan serbuk ke atas mukanya. Sebaliknya, dia memerlukan nutrien daripada makanan agar kesihatannya bertambah baik dan wajahnya akan kelihatan berseri-seri.

Jika percayawan sanggup bertumbuh dalam hayat divin, elemen hayat divin ini akan bertambah dalam mereka dan membawa masuk perubahan metabolik. Selepas itu, sifat dalaman mereka akan ditransform dan imej luaran mereka juga akan ditransform menjadi sama seperti imej Tuan. (The Organic Aspect of God’s Salvation, m.s. 52-53)

Dalam proses metabolisme ini, elemen baru dibekalkan ke dalam entiti organisma. Elemen baru akan menggantikan elemen lama dan menyebabkan metabolisme ini dijalankan. Oleh itu, metabolisme ini mengandungi tiga perkara: pertama, bekalan elemen baru; kedua, elemen lama digantikan dengan elemen baru; dan ketiga, penyingkiran elemen lama agar sesuatu yang baru dapat dihasilkan.

Penghadaman dan asimilasi makanan yang kita makan berkaitan dengan metabolisme. Pertama, kita menerima makanan ke dalam perut kita. Selepas itu, makanan akan dihadamkan secara metabolik untuk membekali kita elemen baru untuk menggantikan elemen lama. Dengan itu, sel baru akan terhasil. Kita bertumbuh dan diperkuat menerusi proses metabolik ini. Menerusi proses metabolik yang wajar, penyakit kita juga dapat disembuhkan. (Life-study of 2 Corinthians, m.s. 202)

PERCAYAWAN BERPALING KEPADA TUAN DAN MENATAP-NYA DENGAN MUKA YANG TIDAK DISELUBUNGI

Jika kita mengingini transformasi sebegini, pertama-tamanya kita harus menanggalkan selubung dalam konsep lama kita dengan berpaling kepada Tuan (2 Kor. 3:16) dan juga menatap-Nya dengan muka yang tidak diselubungi dan memantulkan kemuliaan-Nya seperti cermin (ay. 18). Dengan ini, kita dapat ditransform kepada imej yang sama seperti Tuan dari satu tahap kemuliaan ke satu lagi tahap kemuliaan demi ekspresi-Nya.

DITRANSFORM KEPADA IMEJ YANG SAMA SEPERTI TUAN

Transformasi percayawan yang sedemikian agar ditransform menjadi imej yang sama seperti Tuan adalah berasal daripada Tuan Roh, yakni Kristus telah menjadi Roh beri-hayat. Roh ini mengandungi bekalan yang berlimpah-limpah (Flp. 1:19) untuk menjadi elemen baru kita. Kita harus menikmati bekalan Roh Yesus Kristus yang berlimpah-limpah dan membenarkan Dia bekerja di dalam kita. Dengan itu, kita mengalami transformasi.

Contohnya, kamu tinggal bersama dengan seorang dikbang. Setiap hari, dikbang ini berpugar pagi, berdoa, membaca Sabda Tuan, dan merenungi sabda Tuan. Selepas suatu tempoh masa, kamu pasti akan melihat transformasi yang berlaku padanya.

Kita mempunyai roh dalam kita dan Tuan yang merupakan Roh itu huni dalam roh kita. Dia adalah begitu rapat dengan kita. Kamu dapat berbicara dan berbincang dengan-Nya tentang setiap perkara. Filipi 4:6 berkata, “Dalam apa jua, janganlah khuatir, tetapi dalam segala hal, melalui doa dan permohonan dengan kesyukuran, biarlah permintaanmu diberitahukan kepada Tuhan.” Dengan itu, kamu boleh memberitahu dia jika kamu mempunyai sebarang masalah. Dia berada dalam kamu dan menyertai kamu dengan bersemuka dengan kamu. Tuhan Tritunggal—Bapa, Anak, dan Roh itu—berada dalam kita bukannya untuk menyusahkan kita, tetapi sebagai Pembela, Pelipur, dan Penyokong kita. Dengan ini, kamu menerima elemen Tuan ke dalam kamu dan metabolisme akan berlaku secara berterusan dalam kamu. Hasilnya, apa yang diekspresikan secara luaran menerusi kamu ialah Kristus. Inilah maksudnya berhidupkan Kristus. Sebenarnya, kamu hanya perlu berlatih membicarakan Tuan secara berterusan, secara spontan kamu akan berhidupkan Kristus. (The Organic Aspect of God’s Salvation, m.s. 52-55)

MENERUSI PEMBAURAN KEINSANAN DENGAN KEDIVINAN

Kita telah dipindahkan daripada Adam kepada Kristus, daripada Wasiat Lama kepada Wasiat Baru, daripada ajaran lama kepada ajaran baru, dan daripada ministri Wasiat Lama kepada ministri Wasiat Baru, justeru elemen divin ditambahkan ke dalam kita. Sekarang dua elemen ini berbaur bersama menghasilkan kesan metabolik, iaitu transformasi. Cara untuk menambahkan elemen divin ke dalam kita secara berterusan adalah dengan menatap dan memantulkan Tuan dengan muka yang tidak diselubungi. Inilah sebabnya kita perlu berpugar pagi setiap hari. Selepas berpugar pagi, kita masih perlu menatap dan memantulkan Tuan yang merupakan Roh beri-hayat ini. Sebagai Roh beri-hayat, Dia memberi kita kebebasan. Apabila kita menatap dan memantul, kita menerima elemen divin, dan hasilnya ialah transformasi.

DITRANSFORM KEPADA IMEJ KEMULIAAN KRISTUS

Kita semua kian ditransform kepada imej kemuliaan Kristus. Imej kita adalah ekspresi bagi apanya kita, menjadi sama seperti imej kemuliaan Kristus. Dia adalah kudus, kita juga adalah kudus. Dia adalah keihsanan, dan kita juga adalah keihsanan. Dia adalah kesabartahanan, dan kita juga adalah kesabartahanan. Dia penuh dengan martabat dan kita juga sama seperti Dia. Ini adalah pertumbuhan dalam hayat menerusi transformasi.

Transformasi ini berasal daripada Tuan Roh (2 Kor. 3:18). Gelaran majmuk bagi Tuan Roh merujuk kepada satu persona. Hari ini, Tuhan Tritunggal kita ialah Tuan Roh. Transformasi bererti pembauran kedivinan dengan keinsanan kita yang terhasil daripada Dia. Sebagai kesimpulannya, transformasi bererti menerima elemen divin ke dalam kita dengan menatap dan memantulkan Tuan. Ini menghasilkan satu proses metabolik. Proses metabolik ini adalah transformasi, pembauran keinsanan dengan kedivinan, untuk mengekspresikan imej yang sama seperti imej kemuliaan Kristus, yakni Tuhan-manusia. (The Experience and Growth in Life, m.s. 115)

Bacaan Selanjutnya: The Organic Aspect of God’s Salvation, bab 4; Life-Study of 2 Corinthians, bab 23; The Experience and Growth in Life, bab 17; The Secret of God’s Organic Salvation: “The Spirit Himself with Our Spirit,” bab 3.

Comments are closed.