• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 15: Pembauran Tubuh Kristus

1 Kor. 10:17 Memandangkan terdapat hanya satu roti, kita yang banyak ialah satu Tubuh; kerana kita semua berbahagian dalam satu roti ini.

1 Kor. 12:24 Anggota-anggota kita yang cantik pula tidak memerlukannya. Tetapi Tuhan telah membaurkan tubuh bersama, dengan memberi kehormatan yang lebih berlimpah kepada anggota yang kekurangan.

KEPERLUAN TERHADAP PEMBAURAN

Pemikiran tentang pembauran adalah kuat dalam Bible. Dalam Wasiat Lama, terdapat tamsil bagi pembauran yang menggenapkan ekonomi Tuhan. Akan tetapi, jika kita membaca Wasiat Lama dalam huruf sahaja, kita tidak akan dapat nampak tamsil ini. Dutus Paulus amat menekankan tamsil bagi pembauran. Dalam 1 Korintus 10:17, Paulus berkata, “Memandangkan terdapat hanya satu roti, kita yang banyak ialah satu Tubuh; kerana kita semua berbahagian dalam satu roti ini.” Paulus melihat gereja sebagai satu roti. Fikiran ini tidak dicipta oleh dirinya sendiri, tetapi berasal daripada Wasiat Lama. Korban sajian dalam Imamat 2:4 terdiri daripada roti yang dibuat daripada tepung halus disebatikan dengan minyak. Setiap bahagian daripada tepung halus telah disebatikan, dibaur dengan minyak. Inilah pembauran. Paulus memberitahu kita bahawa gereja ialah roti, yang dibuat daripada tepung halus. Tepung halus berasal daripada bijirin gandum, dan bijirin gandum berasal daripada biji gandum, yakni Kristus. Yohanes 12:24 mengatakan bahawa Kristus ialah satu biji gandum yang jatuh ke tanah dan mati, bertumbuh dalam kebangkitan untuk menghasilkan banyak gandum, yakni kita, percayawan-Nya. Kita, biji gandum yang banyak, dikisar menjadi tepung halus untuk membuat roti ini, yakni gereja. Dalam ayat ini, kita dapat melihat pemikiran tentang pembauran dalam Bible. (The Practical Points concerning Blending, m.s. 18-19)

Oleh itu, gereja lokal yang berdekatan harus berbaur bersama untuk memperoleh manfaat rohani dalam pembinaan Tubuh Kristus yang saling-menyaling, seperti Tuan Yesus membaurkan tujuh gereja yang berdekatan di Asia. (1993 Blending Conference Messages concerning the Lord’s Recovery and Our Present Need, mesej 2)

PEMBAURAN TUBUH KRISTUS YANG UNIVERSAL

Tuhan telah membaurkan Tubuh bersama (1 Kor. 12:24). Perkataan membaurkan juga bermaksud membetulkan, mengharmonikan, menyelaraskan, dan menyebatikan. Tuhan telah membaurkan Tubuh, membetulkan Tubuh, mengharmonikan Tubuh, menyelaraskan Tubuh, dan menyebatikan Tubuh. Perkataan Yunani bagi membaurkan mengimplikasikan kehilangan ciri-ciri yang berbeza. Ciri bagi seseorang dikbang mungkin ialah perwatakannya yang cepat, manakala ciri seorang lagi mungkin ialah perwatakannya yang perlahan. Akan tetapi dalam kehidupan Tubuh, perwatakan yang perlahan atau perwatakan yang cepat juga dihapuskan. Semua ciri yang membezakan antara satu sama lain itu telah lenyap. Tuhan telah membaurkan semua percayawan daripada pelbagai bangsa dan warna kulit. Siapakah yang dapat menghilangkan perbezaan antara orang hitam dengan orang putih? Hanya Tuhan yang dapat berbuat demikian. Hanya dengan kehilangan ciri-ciri yang membezakan antara seorang suami dengan isterinya, barulah mereka dapat berharmoni dalam kehidupan perkahwinan mereka.

Untuk diharmonikan, dibaurkan, dibetulkan, disebatikan, dan diselaraskan dalam kehidupan Tubuh, kita harus melewati salib dan melalui Roh itu, mendispenkan Kristus kepada orang lain demi Tubuh Kristus. Segala-gala yang kita lakukan haruslah melalui Roh itu untuk mendispenkan Kristus. Tambahan pula, apa yang kita lakukan tidak seharusnya untuk kepentingan kita dan menurut cita rasa kita, tetapi untuk gereja. Asalkan kita mengamalkan butir-butir ini, kita akan mempunyai pembauran.

TIDAK MELAKUKAN APA-APA TANPA BERSEKUTU

Persekutuan menyelaraskan kita; persekutuan membetulkan kita; persekutuan mengharmonikan kita; dan persekutuan menyebatikan kita. Kita harus melupakan sama ada kita perlahan atau cepat; bersekutulah dengan orang lain. Kita tidak harus melakukan apa-apa tanpa bersekutu dengan pekudus yang berkoordinasi dengan kita. Persekutuan menuntut kita berhenti ketika kita ingin melakukan sesuatu. Semasa kita berkoordinasi dalam kehidupan gereja, dalam kerja Tuan, kita semua harus belajar tidak melakukan apa-apa tanpa bersekutu.

Dalam kalangan kita, kita harus ada pembauran semua anggota individu dalam Tubuh Kristus, pembauran semua gereja di sesuatu daerah, pembauran semua rakan sekerja, dan pembauran semua penatua. Pembauran bermaksud kita harus sentiasa berhenti untuk bersekutu dengan orang lain. Dengan itu, kita akan menerima banyak manfaat. Jika kita meminggirkan dan memencilkan diri kita, kita akan kehilangan banyak manfaat rohani. Belajarlah untuk bersekutu. Belajarlah untuk dibaurkan. Mulai sekarang, gereja-gereja harus selalu datang bersama-sama untuk dibaurkan. Mungkin kita tidak biasa melakukannya, namun selepas kita mula mengamalkan pembauran beberapa kali, kita akan memupuk cita rasa untuknya. Perkara ini paling bermanfaat untuk memelihara kesatuan Tubuh Kristus yang universal. Hari ini, sangat mudah bagi kita berbaur dengan satu sama lain kerana terdapat kemudahan moden dalam zaman moden ini.

DENGAN ROH UNTUK MENDISPENKAN KRISTUS DAN MELAKUKAN SEGALA DEMI KEPERLUAN TUBUH-NYA

Apabila kita berbaur bersama, kita akan mempunyai salib dan Roh itu. Tanpa salib dan Roh itu, apa yang kita miliki hanyalah tubuh daging dan perpecahan. Memang tidak mudah untuk disalibkan dan melakukan segala sesuatu melalui Roh itu dengan sendiri. Inilah sebabnya kita harus belajar untuk berbaur. Pembauran menuntut kita dihapuskan. Pembauran menuntut kita melalui Roh itu untuk mendispenkan Kristus serta melakukan segala sesuatu demi Tubuh-Nya.

Kita mungkin datang bersama-sama tanpa banyak berbaur kerana setiap orang berada dalam diri mereka. Setiap orang takut menyinggung perasaan orang lain dan melakukan kesilapan, maka mereka berdiam diri. Inilah ragam manusia menurut tubuh daging. Apabila kita datang bersama-sama, kita harus mengalami penamatan salib. Kemudian kita harus belajar bagaimana mengikut Roh itu, bagaimana mendispenkan Kristus, dan bagaimana berbicara serta bergerak laku demi manfaat Tubuh. Ini akan mengubah seluruh suasana perhimpunan serta menyelaraskan suasana itu. Pembauran bukan soal berdiam diri atau bercakap banyak, tetapi soal diselaraskan. Kita dapat berharmoni kerana kita telah diselaraskan. Akhirnya, semua ciri-ciri perbezaan akan lenyap. Pembauran bererti kehilangan ciri-ciri perbezaan. Kita semua harus membayar harga untuk mengamalkan pembauran.

UNTUK MEMBINA TUBUH KRISTUS YANG UNIVERSAL

Pembauran adalah untuk membina Tubuh Kristus yang universal (Ef, 1:23) bagi mengkonsumatkan Yerusalem Baru (Wahi 21:2), yang merupakan matlamat muktamad ekonomi Tuhan menurut kegirangan-Nya (Ef. 3:8-10; 1:9-10). (Alam Divin dan Mistikal, m.s. 87-89)

Bacaan Selanjutnya: The Practical Points concerning Blending, bab 2; 1993 Blending Conference Messages concerning the Lord’s Recovery and Our Present Need, bab 2; Alam Divin dan Mistikal, bab 6.

Comments are closed.