• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 16: Harapan Kehidupan Orang Kristian

Ef. 1:18 Agar mata hatimu dicahayai, supaya kamu dapat mengetahui apakah harapan panggilan Tuhan, dan apakah kekayaan kemuliaan bagi warisan-Nya dalam pekudus.

Manusia sejagat tidak berharapan akibat kejatuhan. Satu-satunya harapan bagi orang yang tidak percaya ialah maut, maut ialah destinasi mereka. Kehidupan sehari-hari mereka ialah kehidupan yang kian menuju kepada maut, iaitu mereka sedang bergerak di atas jalan yang menuju kepada maut. Oleh itu, masa depan mereka ialah maut.

Kita orang yang mempercayai Kristus, dan kehidupan kita penuh dengan harapan. Harapan kita ialah kedatangan kedua Tuan. Bukan sahaja begitu, harapan kita termasuk kebangkitan dan raptur. Kebangkitan bukan sahaja hal daripada hayat, bahkan hal hayat jayeng atas maut. Hayat jayeng atas maut, itulah kebangkitan. Raptur adalah hal yang lebih melangkaui.

KEBANGKITAN DAN RAPTUR

Kehidupan kudus demi kehidupan gereja ialah kehidupan yang penuh dengan harapan. Harapan ini bukan sahaja berkaitan dengan kedatangan kedua Tuan; namun juga membawa kebangkitan dan raptur bersama dengannya. Perkembalian Tuan Yesus mencetus kebangkitan dan raptur. Kita telah menyebut bahawa kebangkitan dan raptur adalah penambahan kepada hayat. Hari ini kita mempunyai hayat. Kita mempunyai hayat, kita berada dalam hayat, kita juga menikmati hayat. Namun kita menanti-nantikan kedatangan Tuan, Dia akan membawa kebangkitan dan raptur kepada kita.

Kebangkitan sememangnya adalah untuk orang yang sudah mati. Hari ini kita sedang menjalani kehidupan kudus demi gereja. Sekiranya perkembalian Tuan tertangguh, akhirnya kita tentu akan “tidur”, iaitu tubuh daging kita akan mati. Semua percayawan yang sudah mati sedang menanti-nantikan kebangkitan. Jika kita hidup hingga kedatangan Tuan Yesus, kita tidak perlu bangkit, namun kita perlu diraptur. Semua percayawan, sama ada yang sudah mati atau yang masih hidup, perlu diraptur. Oleh itu, diraptur sebenarnya bererti penamatan seumur hidup kita di atas bumi. Ini bererti bahawa penamatan seumur hidup kita bukanlah maut, ataupun kebangkitan, tetapi diraptur. (Life-study of 1 Thessalonians, m.s.139-140)

BERPEGANG TEGUH PADA KEMEGAHAN HARAPAN

Orang yang tidak percaya, disebabkan tidak mempunyai Kristus, tidak mempunyai harapan (Ef. 2:12; 1 Tes. 4:13). Tetapi kita, sebagai percayawan dalam Kristus, ialah umat yang mempunyai harapan. Panggilan yang kita terima daripada Tuhan membawa harapan kepada kita (Ef. 1:18; 4:4). Kita telah dilahirukan supaya kita mempunyai harapan hidup (1 Ptr. 1:3). Kristus yang berada dalam kita ialah harapan kemuliaan (Kol. 1:27; 1 Tim. 1:1) yang akan menghasilkan penebusan, transfigurasi tubuh kita dalam kemuliaan (Roma 8:23-25). Ini adalah harapan penyelamatan (1 Tes. 5:8), harapan yang penuh berkat (Tit. 2:13), harapan baik (2 Tes. 2:16), harapan hayat abadi (Tit. 1:2; 3:7); ini juga harapan kemuliaan Tuhan (Roma 5:2), harapan bagi injil (Kol. 1:23), harapan yang disimpan untuk kita di syurga-syurga (Kol. 1:5). Kita harus sering berpegang pada harapan ini (1 Yoh. 3:3) dan bermegah atas harapan ini (Roma 5:2). Tuhan kita ialah Tuhan harapan (Roma 15:13), dan menerusi galakan daripada Kitab, kita dapat beroleh harapan (Roma 15:4) setiap masa dalam Tuhan (1 Ptr. 1:21) dan dapat bergirang dalamnya (Roma 12:12). Buku ini menyuruh kita berpegang teguh pada kemegahan harapan dengan kukuh hingga akhir (3:6), untuk menunjukkan ketekunan sehingga berkepastian penuh atas harapan kita sampai akhir (6:11), dan berpegang pada harapan yang terletak di hadapan kita (6:18).

Bacaan Selanjutnya: Life study of 1 & 2 Thessalonians, mesej 16; Wasiat Baru Versi Pemulihan, Ibr. 11:1, nota kaki 3.

Comments are closed.