• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 3: Pemugaran Pagi

Ams. 4:18 Tetapi laluan orang adilbenar itu seperti cahaya fajar, yang bersinar semakin terang sampai rembang tengah hari.

DIPULIHBANGKITKAN PADA WAKTU PAGI

Waktu pagi berlalu dengan cepat sekali. Satu jam berlalu dengan begitu sahaja. Inilah sebabnya Sabda Tuan berkata, “Tebuslah masa” (Ef. 5:16). Tempoh masa yang paling perlu ditebus ialah pada pukul 6 hingga 7 pagi. Pada waktu ini, setiap minit adalah berharga. Kita perlu menebus masa ini. (The Organic Practice of the New Way, bab 4)

Menebus masa bermaksud merebut setiap peluang yang ada. Ini bermakna bahawa kita perlu arif dalam gerak-hidup kita. Kita harus menebus masa kerana hari-hari adalah jahat. Dalam zaman jahat ini (Gal. 1:4), setiap hari adalah jahat dan penuh dengan hal-hal jahat yang menyebabkan masa kita menjadi tidak berkesan, dikurangkan, dan dirampas. Oleh itu, kita harus bergerak-hidup dengan arif agar kita dapat menebus masa, merebut setiap peluang yang ada. Jika kita tidak merebut setiap peluang, masa kita akan dibazirkan. Banyak hal jahat akan datang menyeleweng dan menghalang kita. Kita mungkin diganggu oleh panggilan-panggilan telefon, surat-surat, atau pelawat-pelawat. Kita mungkin sedang menikmati hadirat Tuan dan secara tiba-tiba diganggu oleh satu panggilan telefon yang negatif. Oleh sebab hari adalah jahat, maka kita harus berjaga-jaga menggunakan setiap peluang dengan bermanfaat. (Life-Study of Ephesians, mesej 51).

HIDUP MENURUT PERGERAKAN MATAHARI

Kepulihbangkitan orang Kristian tidak berlaku pada petang atau semasa matahari terbenam. Malah, ia berlaku pada waktu pagi. Kehidupan orang Kristian bukan kehidupan matahari terbenam, sebaliknya ia adalah fajar menyingsing. Pada hakikinya, kitalah matahari. Hakim-hakim 5:31 berkata, “Tetapi semoga orang yang mengasihi-Nya menjadi seperti matahari apabila matahari terbit dalam keperkasaannya.” Amsal 4:18 berkata, “Tetapi laluan orang adilbenar itu seperti cahaya fajar, yang bersinar semakin terang sampai rembang tengah hari.” Kehidupan orang Kristian seharusnya orang yang mengikut pergerakan matahari. Apabila matahari terbit, kita harus terbit bersamanya. Kita terus menaik sampai rembang tengah hari. Kehidupan orang Kristian tidak mempunyai waktu petang. Sama ada kita berada dalam kalangan orang duniawi ataupun dalam perhimpunan, kita sepatutnya membawa sinaran cahaya kepada orang lain. Atas sebab ini, tak kira betapa sibuknya kita, kita harus meluangkan masa untuk melatih roh kita.

Oleh itu, masa kita pada waktu pagi adalah sangat berharga. Adalah lebih bagus untuk kita menggunakan sedikit masa sahaja pada hal-hal lain dan meluangkan masa ini untuk mendoa-baca. Demi menjimatkan masa, apabila saya menyiapkan diri pada waktu pagi, saya mulai menyeru nama Tuan dan mendoa-baca sabda-Nya. Jika isteri kamu belum bangun lagi, kamu tidak harus menjerit dan berteriak dengan kuat. Kamu boleh berdoa di dalam. Semasa kamu memakai pakaian, kamu boleh mendoa-baca ayat yang kamu baca semalam: “Pada mulanya Tuhan mencipta langit dan bumi.” Semasa kamu sedang membasuh, kamu juga boleh mendoa-baca. Kamu boleh melakukan dua perkara pada masa yang sama. Mungkin pada mulanya kamu tidak selesa melakukannya. Namun selepas suatu tempoh masa, kamu akan berasa selesa. Jika kamu meluangkan setengah jam atau lima belas minit sahaja untuk berdoa dan membaca sabda Tuan, akhirnya kamu dapat membaurkan doa dengan pembacaan, dan roh kamu akan dihidupkan. Pada pagi yang sedemikian, seluruh diri kamu akan dipulihbangkitkan. (The Organic Practice of the New Way, bab 4)

DUA ASPEK PEMUGARAN PAGI PEMUGARAN PAGI SECARA INDIVIDU

Pesanan Tuan kepada Musa dalam Keluaran bab 34 ayat 2 hingga 3 menunjukkan bahawa kita semua memerlukan suatu masa untuk menghubungi Tuan secara individu. Kita semua memerlukan suatu masa peribadi untuk bertemu dengan Tuan. Pada masa peribadi bersama dengan Tuan, kita tidak harus membawa sesiapa atau apa-apa hal bersama dengan kita. Apabila kita pergi kepada Tuan pada awal pagi, kita harus pergi kepada-Nya berseorangan. Kita perlu meninggalkan suami atau isteri kita di belakang. Sesetengah dikbang mempunyai amalan membawa isteri mereka bersama mereka ke mana-mana sahaja mereka pergi. Amalan ini adalah baik. Namun, apabila tiba masanya bertemu dengan Tuan di puncak gunung, seseorang dikbang harus meninggalkan isterinya di kaki gunung. Apabila kita bertemu dengan Tuan sedemikian, kita harus melupakan segala hal dan orang. Lupakan harta kamu, pendidikan kamu, pekerjaan kamu, masa depan kamu. Pergi kepada Tuan bersendirian tanpa sesiapa atau benda. (Life-sttudy of Exodus, mesej 178)

Dalam kehidupan korporat, terutamanya orang muda, banyak di antara mereka yang tidak mempunyai masa doa peribadi. Mereka hanya mempunyai doa korporat. Saya mengakui bahawa masa doa peribadi tidak boleh menggantikan masa doa korporat. Jika saya tidak bertemu dengan Tuan secara langsung atau peribadi, hubungan kamu dengan Tuan tidak praktikal dan halus. (Life Messages, jil. 1, bab 2)

PEMUGARAN PAGI SECARA KORPORAT

Kamu boleh menjimatkan masa kamu dengan mengatur pemugaran pagi selama sepuluh minit dengan setiap daripada mereka. Telefon boleh digunakan untuk tujuan ini. Seorang boleh diaturkan pada pukul 6:15 pagi, seorang lagi pada pukul 6:30 pagi, dan orang seterusnya pada pukul 6:45 pagi. Dalam masa sejam, kamu boleh menghubungi tiga orang pada waktu pagi. Kamu boleh menghubungi ketiga-tiga orang ini setiap pagi untuk berdoa-baca dengan mereka, bersekutu dengan mereka, dan menikmati Kristus bersama dengan mereka secara umum. Dalam masa tiga bulan, setiap daripada mereka dapat dihubungi sekurang-kurangnya lapan belas kali. Selepas tiga bulan dengan menghubungi mereka secara sedemikian, mereka akan diperoleh demi kepentingan Tuan. (Elders’ Training, Book 11: The Eldership and the God-Ordained Way (3), bab 9)

KEPULIHBANGKITAN MEMBAWA MASUK TRANSFORMASI

Kepulihbangkitan harian sebegini membawa transformasi bersamanya. Roma 12:2 berkata, “Hendaklah ditransform melalui pembaruan minda.” Dua Korintus 3:18 berkata, “Tetapi kita semua dengan muka yang tidak diselubungi, seperti cermin menatap dan memantulkan kemuliaan Tuan, sedang ditransform menjadi imej yang sama daripada kemuliaan kepada kemuliaan, sebagaimana daripada Tuan Roh.” Ini menunjukkan bahawa transformasi berlaku dengan menatap Tuan. Kita seperti cermin menatap Tuan dengan muka yang tidak diselubungi. Semakin banyak kita menatap-Nya, semakin banyak kita memantulkan kemuliaan Tuan dan semakin banyak kita ditransform kepada imej Tuan daripada kemuliaan kepada kemuliaan. Transformasi ini adalah daripada Roh Tuan. Ini bukan sahaja suatu kepulihbangkitan, malahan suatu transformasi. Justeru, mempunyai kepulihbangkitan yang baru setiap pagi bererti mempunyai transformasi yang baru setiap pagi. Asalkan kita kekal berada dalam transformasi ini seumur hidup kita, kita akan bertumbuh dalam hayat Tuan sehingga mencapai kematangan. Kepulihbangkitan, pembaruan, dan transformasi sedemikian merupakan keperluan kita pada hari ini. (A Timely Trumpeting and the Present Need, bab 4)

Bacaan Selanjutnya: The Organic Practice of the New Way, bab 4; Life-Study of Ephesians, mesej 51; Life-Study of Exodus, mesej 178; Life Messages, jil. 1, bab 2; Elders’ Training, Book 11: The Eldership and the God-Ordained Way (3), bab 9; A Timely Trumpeting and the Present Need, bab 4.

Comments are closed.