• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 3: Roh yang Berkonsumasi

Yoh. 7:39 Tetapi kata-Nya ini berkenaan Roh itu yang sudah hendak diterima oleh mereka yang percaya ke dalam-Nya; sebabnya Roh itu belum lagi, kerana Yesus belum lagi dimuliakan.

KONSUMASI ROH DALAM WASIAT BARU

Pada permulaan Wasiat Baru, Roh Kudus disebut buat kali pertama apabila Kristus dikandung dan dilahirkan (Mat. 1:18; 20). Pengandungan dan kelahiran Kristus adalah melalui Roh Kudus. Di sini Roh Kudus diberi penekanan yang penting. Kristus dikandungkan daripada Roh Kudus dan Kristus dilahirkan daripada Roh Kudus.

Tuan menjalani kehidupan di bumi selama tiga puluh tahun, kemudian Dia meminister selama tiga tahun setengah. Dia dilahirkan daripada Roh, dan Dia bekerja menerusi Roh Tuhan. Dalam Yohanes bab 7, sampai hujung ministri-Nya sepanjang 3 tahun setengah, Dia berseru kepada orang yang haus agar datang kepada Dia dan minum, dan Dia berkata, “Dari diri dalaman mereka akan mengalir sungai-sungai air hidup” (ay. 37-38). Dalam ayat 39, dutus Yohanes berkata, “Tetapi kata-Nya ini berkenaan Roh itu yang sudah hendak diterima oleh mereka yang percaya ke dalam-Nya”, dan bukan merujuk kepada Roh Tuhan ataupun Roh Kudus, sebaliknya merujuk kepada Roh itu. Ini kerana ‘Roh itu belum lagi’. Roh Tuhan disebut dalam Kejadian bab 1, dan Roh Kudus disebut dalam Matius bab 1. Mengapakah Yohanes memberitahu kita bahawa Roh itu yang sudah hendak diterima oleh mereka ‘belum lagi’ walaupun sampai pada penghujung ministri Tuan?

Roh Beri-hayat ialah Roh Itu, Dihasilkan Menerusi Kebangkitan dan dalam Kebangkitan Kristus

Andrew Murray dalam bukunya yang berjudul “The Spirit of Christ” Roh Kristus, dalam salah satu bab yang bertajuk “Roh Yesus yang dimuliakan.” Andrew Murray berkata, “Roh Tuhan yang dicurahkan pada Hari Pentakosta, adalah sesuatu yang baru.” Menurut Andrew Murray, Roh ini, yang terdapat dalam Yohanes 7:39 meliputi lebih banyak berbanding dengan Roh Tuhan, Roh Yehova, Roh kekudusan Tuhan, dan Roh Kudus. Roh Kudus, Roh Tuhan belum lagi berkonsumasi secara muktamad dengan lengkapnya. Ini juga membawa maksud bahawa Dia belum lagi berkonsumasi secara muktamad dengan sepenuhnya. Hanya apabila Kristus dimuliakan, baru Roh itu berkonsumasi secara muktamad. Menurut Lukas 24:26, pemuliaan Kristus adalah kebangkitan-Nya. Apabila Kristus memasuki kebangkitan, Dia dimuliakan. Sifat divin-Nya bersama hayat divin dalam Dia telah dibebaskan. Pemuliaan Kristus adalah seperti bunga bermekar. Apabila bunga bermekar, itulah dimuliakan. Semua isi kandungan dalam hayat dan sifat-Nya telah dibebaskan dan dipernampakkan. Isi kandungan Yesus Kristus adalah Tuhan bersama dengan sifat kudus dan hayat kudus-Nya. Sebelum kematian dan kebangkitan-Nya, semua isi kandungan tersembunyi dalam cangkerang insani Kristus. Dalam ministri-Nya sepanjang tiga tahun setengah, tiga disipal Kristus telah melihat transfigur-Nya di gunung transfigurasi. Tiba-tiba, muka-Nya bersinar seperti matahari, dan baju-Nya menjadi seputih cahaya (Mat. 17:2). Inilah pemuliaan-Nya, namun hanya kekal untuk sementara sahaja. Apabila Kristus memasuki kebangkitan, Dia dimuliakan sepenuhnya dan membebaskan Tuhan bersertakan sifat Tuhan dan hayat Tuhan di dalam-Nya. Sebelum itu, Roh itu belum lagi. Ini berlaku apabila tiba masanya. Satu Korintus 15:45b berkata, “Adam terakhir (Kristus) telah menjadi Roh beri-hayat.” Roh beri-hayat ialah Roh itu, yang dihasilkan menerusi kebangkitan dan dalam kebangkitan Kristus.

Tuhan Tritunggal Berkonsumasi sebagai Roh Beri-hayat Dengan Melalui Segala Proses

Dengan melalui segala proses – inkarnasi, kehidupan insani, kematian yang serba merangkumi, dan kebangkitan yang membebaskan segala – Tuhan Tritunggal, yakni Tuhan dalam Triniti Divin telah berkonsumasi sebagai satu Roh, yakni Roh beri-hayat. Roh beri-hayat ialah totaliti Tuhan Tritunggal. Ini adalah visi yang jelas dalam Wasiat Baru. Pertama, Tuhan menjadi seorang manusia. Manusia itu ialah Yesus Kristus, iaitu Tuhan-manusia dalam tubuh daging. Dia ialah Tuhan, namun juga manusia dalam tubuh daging. Pada asalnya Dia ialah Tuhan, namun pada suatu hari Dia mengenakan tubuh manusia. Dengan itu, Dia memiliki kedivinan dan juga keinsanan serta memakai tubuh daging pada-Nya. Apabila Dia disalibkan, Dia membawa manusia ini, yakni keinsanan-Nya, ke atas salib dan mati di sana untuk menamatkan keinsanan. Selepas itu, Dia bangkit untuk membawa keinsanan-Nya ke dalam kedivinan. Menerusi kebangkitan, keinsanan-Nya telah menjadi divin (Roma 1:4), dan Dia dilahirkan sebagai Anak Sulung Tuhan (Kis. 13:33; Roma 8:29). Dalam kebangkitan dan bersertakan kebangkitan-Nya, Dia yang sedemikian telah menjadi Roh beri-hayat. Roh ini ialah konsumasi muktamad bagi Tuhan Tritunggal. (Living a Life According to the High Peak of God’s Revelation, m.s. 19-22)

Roh Beri-hayat ialah Roh yang Berkonsumasi secara Muktamad

Hari ini, jarang ada orang dalam Kristianiti yang nampak akan hal ini. Sebaliknya, ada sesetengah orang tidak percaya sepenuhnya apa yang ditulis dalam 1 Korintus 15:45b, “Adam terakhir telah menjadi Roh beri-hayat.” Namun, ini adalah sabda dalam Bible yang harus kita percaya. Bersyukur kepada Tuan bahawa Tuan telah mewahikan semua butir ini, satu demi satu, kepada kita semua. Hari ini, Roh beri-hayat ialah Roh yang berkonsumasi. Oleh itu, Yohanes 7:39 mengatakan bahawa Roh itu belum lagi, kerana Yesus belum lagi dimuliakan dan bangkit. Sememangnya Roh Kudus sudah wujud dan Roh Tuhan juga berada dalam Kejadian bab 1, dan mengapakah Roh itu masih belum lagi? Ini kerana pada masa itu, hanya ada ciptaan lama dan belum adanya ciptaan baru lantaran Kristus belum lagi bangkit. Kemudian, ciptaan baru bermula dalam kebangkitan Kristus. Apabila ciptaan baru bermula, Roh itu berada di sana. Ini adalah Roh Tuhan menjadi Roh itu dalam kebangkitan Kristus. Ini juga merujuk kepada 2 Korintus 3:17: “Tuan ialah Roh itu.” Roh itu yang diwahikan kepada kita dalam 2 Korintus bab 3, menunjukkan kerja transformasi dalam percayawan. Kita dapat ditransform kerana kita memiliki Tuan sebagai Roh itu dalam kita. Ini kerana 2 Korintus 3:18 mengatakan bahawa kita telah ditransform menjadi imej yang sama daripada kemuliaan kepada kemuliaan, sebagaimana daripada Tuan Roh.

PENERAPAN EKONOMI TUHAN ADALAH MENERUSI ROH YANG BERKONSUMASI SECARA MUKTAMAD

Kita perlu mendalami Roh yang berkonsumasi secara muktamad. Ini adalah butir penting yang ingin kita sekutu dalam mesej ini. Kejadian 1 menyebut tentang Roh Tuhan, bukannya Roh yang berkonsumasi secara muktamad. Roh Yehova dan Roh Kudus bukannya Roh yang berkonsumasi. Sehingga Kristus bangkit barulah Bapa, Anak, dan Roh, iaitu Roh yang berkonsumasi diwahikan oleh-Nya sepenuhnya. Roh ini berbeza dengan Roh Tuhan dalam Kejadian, Roh Yehova dalam Wasiat Lama dan Roh Kudus dalam Matius bab 1. Roh ini adalah Roh yang berkonsumasi. Ekonomi Tuhan telah tergenap, dan sekarang ini perlu ada penerapan. Penerapan ini ada pada Roh yang berkonsumasi – bukan sahaja Roh agregat, namun Roh berkonsumasi secara muktamad. (A General Outline of God’s Economy and the Proper Living of a God-man, m.s. 15-18)

ROH ITU DAN PENGANTIN PEREMPUAN BERKATA, “DATANG!”

Roh itu ialah Roh yang berkonsumasi sebagai realiti dan realisasi bagi Kristus pneumatik dan merupakan konsumasi muktamad bagi Tuhan Tritunggal yang terproses dan berkonsumasi untuk menjadi satu dengan pengantin perempuan domba (Kristus) untuk mengisytiharkan kedatangan Kristus. Wahi 22:17 berkata, “Roh itu dan pengantin perempuan berkata, Datanglah! Hendaklah dia yang mendengar itu berkata, Datanglah dan hendaklah dia yang haus itu datang; hendaklah dia yang mahu itu mengambil air hayat secara percuma.” “Roh itu” dalam ayat ini menandakan segala-gala bagi Tuhan Tritunggal telah melalui proses dan berkonsumasi. Kini sebagai Roh itu, Dia membawa Tuhan Tritunggal ke dalam kita dan menjadi satu dengan kita, yang merupakan pengantin perempuan-Nya. Roh yang berkonsumasi secara muktamad menyatukan diri-Nya bersama dengan pengantin perempuan. Oleh itu, dalam kesudahan Wahi, Roh itu dan pengantin perempuan berkata bersama-sama, “Datang!” (1993 Blending Conference Messages concerning the Lord’s Recovery and Our Present Need, m.s. 136)

Bacaan Selanjutnya: Living a Life According to the High Peak of God’s Revelation, bab 3; A General Outline of God’s Economy and the Proper Living of a God-Man, bab 2; 1993 Blending Conference Messages concerning the Lord’s Recovery and Our Present Need, bab 6.

Comments are closed.