• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 4: Bible

2 Tim. 3:16 Semua tulisan Kitab ialah Tuhan-dihembus dan bermanfaat untuk pengajaran, penginsafan, pembetulan, pemberian tunjuk ajar dalam keadilbenaran.

Bible melangkaui segala buku yang lain di dunia. Ia merupakan buku yang unik. Presiden keenam belas Amerika Syarikat, Abraham Lincoln, pernah berkata, “Bible ialah hadiah terbaik yang diberikan Tuhan kepada manusia. Segala kebaikan daripada Penyelamat dunia disalurkan kepada kita menerusi buku ini.” Bible merupakan buku yang paling banyak dibaca di dunia dan telah diterjemahkan ke dalam lebih daripada seribu jenis bahasa, lebih banyak daripada mana-mana buku di dunia. Orang yang tidak terhitung banyaknya telah berpaling kepada Bible untuk mendapatkan pelipuran, harapan, dan bimbingan pada masa kesusahan dan keraguan. Perkataan Bible datang daripada perkataan Bahasa Yunani biblos, yang bermakna “buku itu”. Ini bermaksud bahawa Bible ternyata buku yang unik itu antara semua buku yang lain di dunia.

BIBLE IALAH KARYA TERTINGGI ANTARA PENULISAN KLASIK

Bible ialah Yang Tertinggi dari Segi Catatannya

Fakta pertama ialah Bible adalah terulung antara semua buku dari segi kesahan catatannya. Banyak buku agama-agama lain adalah penuh mitos dan legenda. Namun dalam Bible kita menemui banyak rujukan yang benar berkenaan kejadian, orang, dan tempat. Sains arkeologi, sejajar dengan catatan sejarah sekular, telah mengesahkan bahawa catatan dalam buku-buku Bible adalah tepat.

Bible memperkatakan satu Pencipta maha perkasa yang abadi yang mencipta alam semesta, termasuk langit, bumi, dan segala benda tercipta, daripada ketiadaan. Buku Kejadian mencatat tentang penciptaan. Meskipun catatan ini bukan catatan saintifik, namun ia bertepatan sepenuhnya dengan bukti saintifik.

Bible ialah Yang Tertinggi dari Segi Kearifan dan Kedalamannya

Kedua, Bible mengandungi kearifan yang hebat berkenaan hubungan manusia dengan Tuhan serta hubungannya dengan orang lain, pemikirannya, niatnya, kelakuannya, dan kehidupan hariannya. Pada zaman Wasiat Lama, kebanyakan budaya di bumi percaya kepada politeisme iaitu percaya kepada lebih daripada satu Tuhan. Majoriti yang kononnya digelar tuhan-tuhan digambarkan sebagai yang kejam, garang, atau ada kalanya gasang. Akan tetapi, Bible mewahikan satu Tuhan yang unik yang tidak terbatas dan berpersona, yang menjaga manusia seperti seorang Bapa dan Suami, dan yang merupakan perjasadan bagi kasih, kehormatan, keadilan, dan rahmat.

Bible juga meliputi segala jenis pengetahuan, seperti teologi, kemanusiaan, astronomi, geologi, sains, falsafah, sosiologi, politik, pendidikan, budaya, dan eskatologi.

Bible ialah Yang Tertinggi dari Segi Etika dan Moralitinya

Tidak ada buku yang mengandungi standard etika dan moraliti yang setinggi Bible. Bible menghuraikan kasih yang wajar sebagai virtu manusia, yang sabar menderita, murah hati, tidak cemburu, tidak bermegah, dan tidak angkuh (1 Kor. 13:4). Bible mentakrifkan kasih sebagai pengampunan yang tidak terbatas bahkan kepada musuh seseorang (Mat. 5:44). Bible menyatakan secara jelas apa itu kasih melalui tindakan Tuhan menyerahkan Anak tunggal-Nya untuk manusia (Yoh. 3:16). Orang Kristian ialah orang yang bergerak-hidup dalam kasih (Ef. 5:2), dan gereja ialah kumpulan orang yang dibina dalam kasih (Ef. 4:16).

Bible ialah Yang Tertinggi dari Segi Pengaruhnya

Sepanjang sejarah, banyak orang terkenal yang telah terdorong untuk percaya kepada Kristus menerusi pembacaan Bible. Maharaja Perancis, Napoleon, setelah ditewaskan dan dibuang ke Pulau St. Helena, mengaku bahawa walaupun dia dan pemimpin agung yang lain telah mengasaskan empayar mereka dengan kuasa, namun Yesus Kristus membina kingdom-Nya dengan kasih. Dia juga mengaku bahawa walaupun dia dapat memanggil dan menyatukan orang untuk mati demi perjuangannya, namun dia perlu melakukannya dengan berbicara kepada mereka secara bersemuka, sedangkan sepanjang lapan belas abad terdapat lelaki dan perempuan yang tidak terhitung banyaknya sanggup mengorbankan nyawa mereka demi Yesus Kristus dengan riang tanpa pernah melihat Dia pun. Sebabnya begitu banyak orang yang sanggup melepaskan segala-galanya untuk mengikut Kristus dan martir untuk-Nya ialah mereka telah melihat Kristus yang diwahikan dalam Bible.

Bagi orang Kristian, Bible ialah sumber ajaran dan wahi. Ia menginsafkan, membetulkan, dan mengajar orang Kristian dalam keadilbenaran dan melengkapinya untuk setiap kerja baik (2 Tim. 3:16-17). Ia memberi dia kudrat yang berupaya mentransform hayatnya, yang dapat mengubah perwatakannya dan mentransform sukmanya. Ia memberi dia kudrat untuk jayeng atas Syaitan, dan mengkhasiati rohnya dengan makanan syurgawi. Bible merupakan susu rohani percayawan (1 Ptr. 2:2) dan roti hayatnya (Mat. 4:4). Banyak orang Kristian ada kalanya mengalami kesengsaraan dan penyakit, namun apabila mereka membaca satu petikan atau satu ayat Bible, kekuatan untuk bersabar-derita timbul dalam hati mereka, dan mereka menerima pelipuran yang tidak terkata, dengan itu beroleh harapan yang melangkaui jangkaan mereka.

BIBLE IALAH SABDA KUDUS TUHAN

Sebab Bible adalah berbeza daripada semua buku yang lain ialah sifatnya yang divin. Tulisan Kitab ialah Tuhan-dihembus (2 Tim. 3:16). Ini memberitahu kita bahawa tulisan Kitab bukan berasal daripada fikiran manusia, minda manusia, sebaliknya tulisan Kitab ialah Tuhan menghembuskan fikiran dan sabda-Nya menerusi Roh-Nya ke dalam dan keluar daripada penulis. Oleh itu, Bible mengandungi unsur Tuhan dan mempunyai rasa-Nya. Keriangan terbesar orang Kristian ialah dapat menghubungi Tuhan dan mengecap-Nya setiap hari menerusi sabda nafas-Nya.

Memandangkan tulisan Kitab ialah Tuhan menghembuskan sabda-Nya daripada manusia menerusi Roh-Nya, maka tidak ada sabda dalam Kitab yang kepunyaan kehendak manusia; sebaliknya, manusia didorong oleh Roh dan berbicara daripada Tuhan. Kata-kata “manusia berbicara daripada Tuhan sementara didorong Roh Kudus” (2 Ptr. 1:21) mempunyai makna berganda dua: Pertama, manusia didorong oleh Roh; kedua, manusia berbicara daripada Tuhan. Dalam bahasa Yunani asal, didorong oleh Roh Kudus merujuk kepada terbawa seperti kapal yang terbawa oleh tiupan angin. Penulis Bible menerima ilham Tuhan, dan mereka berada di bawah kudrat Roh Kudus, didorong dan terbawa oleh-Nya untuk membicarakan sabda Tuhan. Selain itu, ketika mereka berbicara, mereka berbicara dari dalam Tuhan. Roh Tuhanlah yang membawa manusia berbicara, dan ia juga bererti manusia berbicara dari dalam Tuhan. Dengan kata lain, Tuhanlah yang membicarakan sabda-Nya sendiri dari dalam manusia menerusi mulut mereka.

SUBJEK-SUBJEK UTAMA BIBLE

Tuhan Berserta Rancangan-Nya

Tuhan yang diwahikan dalam Bible ialah Tuhan yang mempunyai kearifan dan tujuan. Sebagaimana seseorang yang bijak dan bertujuan itu sentiasa penuh dengan rancangan, begitu juga Tuhan kita, yang paling arif, mempunyai satu rancangan abadi, yang amat berkaitan dengan manusia dan dunia.

Manusia dan Takdirnya

Bible memberitahu kita dari mana berasalnya manusia, bagaimana dia dijadikan, dan ke mana dia akan pergi. Bible juga memperkatakan rancangan Tuhan untuk manusia.

Kristus

Kristus ialah tokoh utama Bible. Wasiat Lama ialah nubuat berkenaan-Nya, dan Wasiat Baru ialah penggenapan nubuat ini. Bible memberitahu kita bagaimana Kristus ini menyempurnakan penebusan dan penyelamatan untuk manusia sejagat.

Roh Kudus

Roh Kudus, yakni persona ketiga Tuhan. Dia banyak disebut berkaitan dengan pengalaman manusia terhadap Tuhan.

Hayat Divin

Hayat divin, iaitu hayat Tuhan, yang diterima seseorang ketika dia percaya kepada Kristus. Hayat divin ini hidup dalam orang yang percaya kepada Kristus. Hayat divin ini hidup dalam orang yang percaya kepada Kristus dan mengarahkan serta mentransform kehidupan mereka.

Percayawan, yang Berada dalam Kristus

Wasiat Baru memberitahu kita makna menjadi seorang percayawan dalam Kristus dan cara menjalani kehidupan orang Kristian yang wajar.

Gereja

Gereja merupakan himpunan percayawan kepunyaan Tuhan di bumi pada hari ini. Bible menjelaskan apa itu gereja dan bagaimana percayawan harus berhimpun sebagai gereja.

Kingdom Tuhan

Kingdom Tuhan ialah lingkungan bagi Tuhan melaksanakan pemerintahan dan kuasa-Nya pada zaman ini dan pada zaman yang akan datang.

Langit Baru dan Bumi Baru

Langit baru dan bumi baru berbicara berkenaan hal-hal yang akan berlaku dalam keabadian pada masa yang akan datang.

BERTEMU DENGAN YESUS KRISTUS DENGAN MEMBACA BIBLE

Sekiranya kamu seorang yang menuntut kebenaran dan ingin mengetahui makna kehidupan kamu, kamu perlu membaca Bible, dan kamu harus menyeru Kristus yang dipersembahkan kepada kamu dalam Bible. Tuhan memberi setiap orang satu roh (Ayub 32:8) supaya dia dapat memahami dan menerima hal-hal Tuhan. Kami berharap kamu akan mula membaca buku ajaib ini, Bible. Dengan membaca Wasiat Baru, kami juga berharap kamu akan memulakan kehidupan yang berhasil dan berlimpah-limpah hari ini menerusi kamu bertemu dengan Yesus Kristus dalam buku ini. (Bible, m.s. 1, 2-3, 6-7, 8, 12-13, 14-15, 16-19)

Bacaan Selanjutnya: Bible; On Knowing the Bible; The Full Knowledge of the Word of God.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *