• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 4: Melatih Roh

2 Tim. 1:6 Atas sebab ini, aku memperingatkan kamu agar mengobar-kan kurniaan Tuhan yang terdapat dalam kamu menerusi peletakan tanganku.

2 Tim. 1:7 Kerana Tuhan bukan memberi kita roh pengecut, tetapi roh kudrat, kasih, dan kewarasan minda.

MELATIH ROH MANUSIA KITA

Hari ini segala apa yang kita lakukan secara positif dalam roh kita merupakan sejenis latihan. Perkataan melatih dalam bahasa Yunani merupakan dasar bagi perkataan Inggeris gimnastik (gymnastics). Untuk menyertai gimnastik, seseorang harus menghabiskan semua tenaganya untuk melatih seluruh tubuh jasmaniahnya. Kita harus melatih roh kita dengan cara yang sama. Seluruh persekitaran kita tidak membantu kita melatih. Sebaliknya seluruh persekitaran berniat menjatuhkan kita. Seluruh situasi tidak membantu kita terus berjerih lelah, sebaliknya membantu kita menjadi malas, menyebabkan kita mundur. Ini suatu arus yang menurun. Arus yang menurun ini membantu kita ke bawah. Sebenarnya, arus ini menghanyutkan kamu ke bawah. Akan tetapi, jika kamu ingin naik ke hilir, kamu perlu melatih, dan kamu perlu bergelut. (Pelajaran Asas tentang Hayat, m.s. 146-147).

DENGAN MELATIH ROH KITA YANG DISERTAI TUAN SEHINGGA MEMBAWA KEPADA KESALIHAN

Satu Timotius 4:7 berkata, “Latihlah dirimu sehingga membawa kepada kesalihan.” Dua Timotius 1:7 memberitahu kita, “Kerana Tuhan bukan memberi kita roh pengecut, tetapi roh kudrat, kasih, dan kewarasan minda”. Kemudian 2 Timotius 4:22 berkata, “Tuan bersama dengan rohmu”. Apabila kita meletakkan semua ayat ini bersama, kita boleh melihat bahawa melatih sehingga membawa kepada kesalihan bergantung pada melatih roh yang disertai Tuan. Jika kamu ingin melatih diri kamu sehingga membawa kepada kesalihan, kamu perlu tahu cara melatih roh kamu kerana Tuhan berada dalam roh kamu. Ayat-ayat ini merupakan tapak kitab untuk melatih roh (Our Human Spirit, bab 10).

CARA-CARA UNTUK MELATIH ROH

Melatih Roh dengan Menyeru Nama Tuan

Salah satu rahsia melatih roh kita ialah menyeru nama Tuan. Kita boleh mengatakan bahawa menyeru nama Tuan adalah rahsia terbaik untuk melatih roh kita. Apabila kamu mulai berdoa, kamu mungkin berada dalam minda kamu. Akan tetapi, semakin kamu berlatih berdoa, semakin kamu berada dalam roh. Kamu berlatih berdoa lagi sehingga kamu berada dalam roh dan menggunakan roh sebaik sahaja kamu berdoa. Doa bukan sahaja memohon pada Tuhan, tetapi lebih-lebih lagi adalah untuk menghubungi dan bersekutu dengan Tuhan. Oleh itu, cara terbaik ialah menyeru nama Tuan. Bible juga memberitahu kita untuk berdoa tanpa henti-henti (1 Tes. 5:17). Satu-satunya jalan untuk berdoa tanpa henti-henti ialah menyeru nama Tuan (Four Crucial Elements of the Bible, The – Christ, the Spirit, Life, and the Church, Bab 7).

Melatih Roh Melalui Doa-baca Sabda Tuhan

Membaca sabda Tuan bersama doa dan menerusi doa, iaitu mendoa-baca sabda merupakan jalan yang terbaik untuk membaca sabda. Sekadar membaca hanya memerlukan mata kita dan pemahaman kita, mentaliti kita. Namun untuk menerima sabda Tuhan ke dalam bahagian terdalam kita, roh kita diperlukan, dan jalan yang paling biasa untuk melatih roh kita ialah melalui doa. Bila-bila sahaja kita berdoa, pada masa yang sama, kita melatih roh kita. Kemudian, apa yang kita baca dengan mata kita dan faham dalam mentaliti kita akan masuk ke dalam roh kita melalui doa kita. Setiap perkataan dalam Bible memerlukan kita mendoa-baca (The God-ordained Way to Practice the New Testament Economy, bab 8).

Melatih Roh Melalui Doa

Kita harus mulai melatih roh kita melalui doa, kerana dari segi prinsip, doa merupakan sesuatu yang berada dalam roh (Ef. 6:18). Jika kita ingin melatih mata kita, kita harus melihat. Jika kita ingin melatih kaki kita, kita harus berjalan. Semakin kita berjalan, semakin kita melatih kaki kita. Begitu juga, cara terbaik untuk kita melatih roh kita ialah belajar untuk berdoa (Our Human Spirit, bab10). 

Bacaan Selanjutnya: CWWL, Pelajaran Asas tentang Hayat, bab 18; Our Human Spirit, bab 10; The Four Crucial Elements of the Bible, – Christ, the Spirit, Life, and the Church, bab 7; The God-ordained Way to Practice the New Testament Economy, bab 8.

Comments are closed.