• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 5: Hayat yang Abadi dan Divin

1 Yoh. 1:2 (Dan hayat ini telah dipernampakkan, kami telah melihat, sekarang bersaksi dan melaporkan kepadamu hayat abadi yang pada mulanya bersama-sama dengan Bapa dan dipernampakkan kepada kami).

Roma 8:2 Kerana hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut.

HAYAT ABADI

Hayat abadi bukan sahaja abadi dari segi masa, tetapi juga dari segi kualiti. Hayat ini juga abadi dari segi ruang. Oleh itu, perkataan abadi merujuk kepada tiga perkara: masa, ruang dan kualiti. Dari segi elemen masa, hayat ini adalah kekal buat selama-lamanya. Dari segi ruang dan lingkungan, hayat ini adalah luas, dan tidak terbatas. Dari segi kualiti, hayat abadi ini adalah sempurna dan lengkap, tanpa sebarang kecacatan atau kekurangan. Lingkungan hayat abadi merangkumi seluruh alam semesta. Hayat abadi adalah begitu luas, merangkumi seluruh lingkungan hayat. Semua yang berada dalam lingkungan hayat ini terdapat dalam hayat abadi ini. Namun, hayat manusia kita berbeza. Hayat kita bukan sahaja sementara, bahkan terhad. Akan tetapi, hayat abadi ini tidak terhad ataupun sementara, sebaliknya kekal buat selama-lamanya dari segi masa, dan juga tidak terbatas dari segi ruang. Tambahan pula, hayat kita mempunyai banyak kecacatan dan kekurangan, namun hayat divin, hayat abadi ini tidak ada kecacatan dan kekurangan.

Tidak Dapat Dimusnahkan

Hayat ini juga adalah hayat yang tidak dapat dimusnahkan (Ibr. 7:16). Hayat ini tidak dapat dimusnahkan atau dimansuhtiadakan oleh apa-apa jua. Hayat ini tidak ada kesudahan, hayat ini abadi, divin, dan tidak tercipta. Hayat ini juga melewati kematian dan Hades (Kis. 2:24; Wahi 1:18). Syaitan dan pengikutnya berasa mereka telah berjaya menamatkan hayat ini dengan menyalibkannya. Ketua agama juga mempunyai fikiran yang sama. Namun, penyaliban ini memberi hayat ini satu peluang untuk diperkembang luas dan dilipatgandakan kerana hayat ini adalah tidak terhad, tidak dapat ditakluki, ditunduk, atau dimusnahkan.

Sebagai Kenikmatan kepada Mereka yang Dipratakdirkan oleh Tuhan

Bapa adalah sumber bagi hayat abadi ini, Anak yang berasal daripada Bapa dan bersama dengan Bapa telah dipernampakan sebagai ekspresi hayat abadi bagi sesiapa yang dipratakdirkan Bapa untuk berbahagian dan menikmati hayat ini. Kita harus menikmati aspek-aspek hayat abadi ini umpama hidangan lauk dalam jamuan besar rohani dan bukannya menganalisanya. Hayat abadi ialah hayat Tuhan, yakni Anak Tuhan, dan bersama dengan Bapa dalam abadi. (Life-study of 1 John, bab 4)

HAYAT DIVIN DIDISPENKAN KE DALAM TIGA BAHAGIAN MANUSIA

Roma bab 8 mewahikan hayat divin didispenkan ke dalam tiga bahagian manusia. Ayat 2a berbicara tentang hukum Roh hayat dalam Kristus Yesus. Ayat 6b mengatakan bahawa minda diletakkan pada roh ialah hayat. Ayat 10 mengatakan bahawa jika Kristus berada dalam kita, meskipun tubuh adalah mati akibat dosa, tetapi roh ialah hayat. Seterusnya, ayat 11 mengatakan bahawa Roh kepada Dia yang membangkitkan Yesus daripada yang mati juga akan memberi hayat kepada tubuhmu yang akan mati menerusi Roh-Nya yang menghuni secara dalaman. Seterusnya, ayat 2 berbicara tentang hayat divin, ayat 10 berbicara tentang roh kita ialah hayat, ayat 6 mengatakan bahawa minda kita dapat menjadi hayat, dan ayat 11 mengatakan bahawa tubuh kita juga akan memperoleh hayat. Ayat 8 berbicara tentang Tuhan, ayat 9 berbicara tentang Roh Tuhan dan Roh Kristus, dan ayat 10 berbicara tentang Kristus. Ayat-ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa Tuhan Tritunggal didispenkan ke dalam tiga bahagian manusia.

Roh Hayat

Roma 8:2 berbicara tentang Roh hayat. “Roh hayat” adalah frasa aposisi, yang membawa maksud Roh ialah hayat. Dalam Bible terdapat beberapa frasa seperti ini. Apabila Bible mengatakan “Roh Tuhan”, ertinya Roh ialah Tuhan; apabila Bible mengatakan “hayat Tuhan”, ertinya hayat ialah Tuhan. Apabila Bible mengatakan “Roh Kristus,” ertinya Roh ialah Kristus dan apabila Bible mengatakan “kasih Tuhan” ertinya kasih ialah Tuhan.

Ini adalah seperti arus elektrik. Sebenarnya, arus itu sendiri ialah elektrik. Arus itu bukan sesuatu yang terpisah daripada elektrik, tetapi merupakan elektrik sendiri yang bergerak. Apabila elektrik mengalir dan bergerak, itulah arus elektrik. Arus elektrik ini boleh dibandingkan dengan Roh hayat. Roh hayat bermakna Roh itu ialah hayat. Roh itu merupakan hayat yang bergerak, Tuhan Tritunggal yang bergerak.

Didispenkan ke dalam Roh Kita

Mula-mulanya, hayat divin yang sedemikian didispenkan ke dalam roh kita. Roma 8:10 mengatakan bahawa disebabkan Kristus berada dalam kita, maka roh kita ialah hayat. Hal ini kerana Kristus sendiri ialah hayat, dan hayat ini berada dalam roh kita. Oleh itu, roh kita ialah hayat. Butir ini sangat kukuh. Ayat 10 tidak mengatakan bahawa disebabkan Kristus berada dalam kita, maka hayat berada dalam kita. Sebaliknya ayat ini mengatakan bahawa roh kita ialah hayat. Hari ini roh kita yang dilahirukan ialah hayat.

Didispenkan ke dalam Minda Kita

Roma 8:6 mengatakan bahawa minda diletakkan pada roh ialah hayat. Sekarang, bukan sahaja roh kita ialah hayat, bahkan minda kita juga boleh menjadi hayat. Namun minda ini harus diletakkan pada roh. Ini bermakna bahawa minda ini harus dilimpahi, ditepui, diinfusi dengan roh untuk menjadi minda roh. Akhirnya, roh itu menjadi roh minda kita. Hal ini disebut dalam Efesus 4:23. Disebabkan minda kita diletakkan pada roh, roh kita menepui minda kita dan menjadikan minda kita minda roh. Akhirnya, roh kita menjadi roh minda kita. Roh ini ialah roh pembauran, yakni roh kita dibaurkan dengan Kristus yang merupakan Roh beri-hayat.

Disebabkan minda kita satu dengan roh kita, disambungkan, digabungkan, ditepui, dan diinfusi dengan roh kita, maka minda kita juga ialah hayat. Minda sedemikian dapat berfungsi untuk meministerkan hayat kepada orang lain. Kita tidak dapat meministerkan hayat kepada orang lain melalui minda alamiah kita. Minda sedemikian bukan hayat. Namun apabila minda kita digabungkan kepada roh kita dan ditepui dengan roh kita yang merupakan hayat, maka pada masa itu minda kita juga menjadi hayat.

Didispenkan ke dalam Tubuh Kita

Roma 8:11 mengatakan bahawa Roh Tuhan yang membangkitkan Kristus Yesus daripada yang mati telah memberi hayat kepada tubuh kita yang akan mati, yakni tubuh kita yang sedang mati, menerusi Roh yang menghuni kita secara dalaman. Perkataan yang akan mati dalam ayat ini bukan sahaja mengandungi pemikiran maut tetapi juga pemikiran kelemahan. Tubuh yang akan mati ialah tubuh yang dilemahkan, tubuh yang sedang mati. Roma 7 memanggil tubuh kita yang jatuh sebagai tubuh kepunyaan maut (ay. 24). Bahkan tubuh sedemikian yang dilemahkan, yang sedang mati, yang akan mati, yakni tubuh kepunyaan maut, dapat beroleh hayat.

Setakat ini, kita dapat melihat bahawa hayat divin yang disebut dalam Roma 8:2 disalurkan, atau didispenkan, ke dalam roh kita dalam ayat 10 dan menyebar ke dalam minda kita dalam ayat 6. Kemudian hayat ini didispenkan ke dalam tubuh kita yang akan mati dalam ayat 11. Dengan demikian, hayat divin didispenkan ke dalam kesemua tiga bahagian diri kita. (Pelajaran Asas tentang Hayat, m.s. 106-108, 110, 112)

Bacaan Selanjutnya: Life-study of 1 John, mesej 4; Pelajaran Asas tentang Hayat, bab 13.

Comments are closed.