• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 9: Kedatangan Kedua Kristus

Mat. 24:21 Kerana ketika itu, akan ada kesengsaraan dahsyat yang belum pernah berlaku dari mulanya dunia hingga sekarang, dan pasti tidak akan berlaku lagi.

TUJUH PULUH MINGGU YANG DITETAPKAN TUHAN

Zaman yang kita berada sekarang ialah zaman kurnia. Zaman ini bermula dengan kedatangan pertama Kristus dan berakhir dengan kedatangan kedua Kristus. Apabila Kristus kembali, Dia akan menamatkan zaman ini dan membawa masuk zaman kingdom. Kesudahan dan konsumasi zaman ini mengambil masa sekurang-kurangnya tujuh tahun. Oleh itu, jika kita ingin mengenali perkembalian Kristus, kita perlu mempunyai satu pemahaman tentang tujuh tahun yang terakhir pada zaman ini. Tujuh tahun tersebut dicatat dalam buku Daniel 9:24-27.

Bible mewahikan dengan jelas kedatangan tujuh minggu terakhir yang bermula dengan Antikristus mengadakan satu perjanjian tujuh tahun dengan negara Israel. Pada pertengahan tujuh minggu, Antikristus akan membatalkan perjanjian itu, menamatkan segala penyembahan dan pelayanan orang Yahudi kepada Tuhan dan menindas orang yang bertakwa kepada Tuhan (Dan. 9:27; Wahi 12:13-17). Dia akan mendirikan patung berhala di dalam bait Tuhan dan melakukan banyak pembinasaan sehingga Kristus kembali ke bumi. Antikristus akan dihapuskan oleh Kristus melalui nafas dari mulut-Nya dan dimansuhtiadakan melalui manifestasi kedatangan-Nya (2 Tes. 2:8; Wahi 19:19-20).

TANDA KEDATANGAN KEDUA KRISTUS

Kemunculan Antikristus

Dalam Matius 24:15, Tuan berkata, “Oleh itu, apabila kamu nampak benda yang amat dibenci yang membinasa itu berdiri di Tempat Kudus, seperti yang disabdakan menerusi penyabda Daniel (hendaklah dia yang membaca itu faham).” Tiga tahun setengah yang terakhir pada zaman ini, iaitu bahagian kedua minggu terakhir, patung Antikristus akan didirikan sebagai patung berhala di dalam bait Tuhan.

Wahi 13:1 menunjukkan binatang yang mentamsilkan Antikristus akan naik dari Laut Mediterranean. Binatang ini mempunyai sepuluh tanduk dan tujuh kepala. Wahi 17:8-11 memberitahu kita tentang asal usul binatang tersebut. Tujuh kepala binatang ialah tujuh Kaisar Empayar Rom. Dalam catatan sejarah, Empayar Rom mempunyai dua belas Kaisar, tetapi hanya enam orang Kaisar daripada dua belas orang telah dicatat dalam Wahi kerana enam orang ini “sudah jatuh”, iaitu mati secara bukan semula jadi. Mereka semuanya sama ada membunuh diri atau mati dibunuh, takhta mereka dirampas. Antikristus, Kaisar ketujuh akan keluar dari bangsa asing di sekitar Laut Mediterranean. Dia mempunyai bantuan daripada sepuluh raja, dan mereka akan bergabung menjadi satu empayar yang kuat dan membangkitkan Empayar Rom.

Kepulihbangkitan Israel

Dalam Matius 21:19, dalam perjalanan kali terakhir Tuan Yesus ke Yerusalem, Dia melaknat pohon ara kerana Dia tidak mendapati apa-apa pada pohon tersebut. Pohon ara ialah tamsil bagi bangsa Israel (Yer. 24:2, 5, 8). Bangsa Israel ditolak oleh Tuhan lantaran bertegar dan memberontak serta tidak mempunyai buah yang memuaskan Tuhan. Oleh itu, dia ditolak oleh Tuhan. Pada 70 M, putera Rom Titus dan angkatan tenteranya membinasakan Yerusalem dan bait seperti yang dinubuatkan oleh Tuan dengan berkata, “Pasti tidak akan tinggal di sini satu batu di atas satu batu yang lain yang tidak diruntuhkan” (Mat. 24:2). Dengan demikian, orang Israel berselerak dalam kalangan bangsa. Mereka bukan sahaja kehilangan negara, bahkan tanah air mereka. Menurut pandangan manusia, bangsa Israel tidak ada sebarang harapan untuk direstorasikan. Akan tetapi, Bible mengandungi nubuat tentang pohon ara yang dilaknat dan menjadi kering, rantingnya akan melembut dan mengeluarkan daun (ay. 32). Hal ini sudah digenapi.

Pembinaan Semula Rumah Tuhan

Berkenaan pembinaan semula rumah Tuhan, kita perlu melihat dua bahagian bagi minggu terakhir. Pada tiga tahun setengah yang pertama, Antikristus memberi sokongan kepada orang Israel, membenarkan mereka menyembah Tuhan secara bebas. Namun, pada tiga tahun setengah yang kemudian, Antikristus menghentikan korban dan persembahan kepada Tuhan (Dan. 9:27) dan menggantikan korban dan persembahan dengan patung sendiri. Dalam Matius 24:15, “Tempat kudus” iaitu tempat Antikristus berdiri merujuk kepada khemah kudus di dalam bait Tuhan (Mzm. 68:35; Yeh. 7:24; 21:2), sementara “benda yang amat dibenci” merujuk kepada patung Antikristus yang didirikan sebagai berhala. Dengan kata lain, berhala itu akan berada dalam bait selama tiga tahun setengah. Oleh itu, rumah Tuhan akan dibina semula. Kemudian bani Israel boleh menyembah Tuhan dan mempersembahkan korban kepada Dia, dan Antikristus dapat mendirikan berhalanya.

Pada A.D. 70, Titus membinasakan bait dan sampai sekarang bait tidak dibina semula. Israel telah mengambil kembali Yerusalem dan sedang membuat persiapan untuk membina semula bait. Segala bahan pembinaan bait dan perkakas untuk persembahan telah disediakan dengan rapi berdasarkan catatan Wasiat Lama. Sekarang, mereka hanya menanti-nantikan masa yang sesuai, agar bait kudus dapat disempurnakan.

Kesengsaraan Dahsyat

Bahagian kedua minggu terakhir, iaitu tiga tahun setengah yang terakhir pada penutup akhir zaman ini, merupakan tempoh masa kesengsaraan dahsyat. Kesengsaraan ini, belum pernah berlaku sejak mulanya dunia hingga sekarang, dan pasti tidak akan berlaku lagi (Mat. 24:21). Masa ini, bencana alam yang luar biasa akan berlaku pada meterai keenam dalam tujuh meterai (Wahi 6:12-17) dan berakhir dengan mangkuk ketujuh dalam tujuh mangkuk (Wahi 16:1-21). Ini adalah waktu cubaan yang sudah hendak menimpa seluruh bumi yang berhuni, untuk mencuba mereka yang tinggal di bumi (Wahi 3:10). Kesengsaraan dahsyat ini datang daripada tiga arah iaitu Tuhan, Antikristus, dan Syaitan, menimpa semua yang tinggal di seluruh muka bumi (Luk. 21:35).

Kerapturan Pekudus

Sebelum kesengsaraan dahsyat, pejayeng akan diraptur serta meninggalkan percayawan lain yang belum matang, yang berada di atas bumi akan melalui kesengsaraan dahsyat. Matius 24:40-41 berkata, “Ketika itu, dua orang lelaki akan berada di ladang; seorang diambil dan seorang ditinggalkan. Dua orang perempuan mengisar di batu kilangan; seorang diambil dan seorang ditinggalkan”. Ini menunjukkan bahawa semasa orang duniawi dimabukkan dengan benda-benda material dan tidak berperasaan terhadap penghakiman yang akan datang, percayawan yang waras dan berjaga-jaga akan diambil. Kepada orang yang dimabukkan dan yang tidak berperasaan, ini harus menjadi tanda kedatangan Kristus. Oleh itu, kita haruslah berhati-hati, supaya hati tidak dibebani nisyon, kemabukan, dan kekhuatiran hidup ini (Luk. 21:34) sehingga tidak dapat diraptur seperti isteri Lot. (The Up-to-Date Presentation of the God-Ordained Way and the Signs Concerning the Coming of Christ, m.s. 54-59)

Bacaan Selanjutnya: The Up-to-Date Presentation of the God-Ordained Way and the Signs Concerning the Coming of Christ, bab 6; Pelajaran Hayat, pel. 35-36; Life-study of Revelation, mesej 29-30.

Comments are closed.