• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 1: Misteri Agung—Kristus dan Gereja

Ef. 5:32 Misteri ini agung, tetapi aku berkata berkenaan Kristus dan gereja.

MISTERI AGUNG – KRISTUS DAN GEREJA

Dalam Kolose 2:2, Paulus berbicara tentang misteri Tuhan ialah Kristus, dan dalam Efesus 3:4, misteri Kristus ialah gereja. Dalam Efesus 5:32 Paulus berkata, “Misteri ini agung, tetapi aku berkata berkenaan Kristus dan gereja.” Kristus dan gereja adalah satu roh (1 Kor. 6:17), seperti yang dilambangkan oleh suami dan isteri menjadi satu tubuh. Inilah misteri yang agung. Gereja ialah pasangan Kristus, berasal daripada Kristus, mempunyai hayat dan sifat yang sama dengan Kristus, dan satu dengan Kristus.

MISTERI TUHAN IALAH KRISTUS

Ekonomi Tuhan yang diwahikan dalam Wasiat Baru terutamanya mempunyai dua misteri. Misteri yang pertama, diwahikan dalam buku Kolose, yakni Kristus sebagai misteri Tuhan. Dalam Kolose 2:2, Paulus berbicara tentang “pengetahuan penuh tentang misteri Tuhan, iaitu Kristus.” Kristus ialah misteri Tuhan. Dalam-Nya, Tuhan ialah satu misteri. Dia adalah benar, hidup, dan maha berkuasa; namun, Dia tidak dapat dilihat. Oleh sebab tidak ada orang yang pernah nampak Tuhan, Dia adalah suatu misteri. Tuhan yang misteri berjasad dalam Kristus. Oleh itu, Kristus ialah misteri Tuhan. Kristus bukan sahaja ialah Tuhan, tetapi Dia ialah Tuhan yang berjasad, didefinisi, dijelaskan, dan diekpresikan. Oleh itu, Kristus menjadi Tuhan dapat dilihat. Tuan Yesus berkata, “Dia yang telah melihat Aku, telah melihat Bapa” (Yoh. 14:9). Misteri pertama dalam ekonomi Tuhan ialah Kristus, Tuhan telah diekspresikan, sebagai misteri Tuhan.

MISTERI KRISTUS IALAH GEREJA

Misteri kedua telah diwahikan dalam buku Efesus dan menjelaskannya dalam Bab 3, yakni misteri Kristus. Kristus juga ialah satu misteri. Dalam Efesus 3:4, Paulus menggunakan ungkapan seperti “misteri Kristus.” Tambahan pula, Kolose 1:27 berkata, “Kepada mereka, Tuhan berhasrat untuk menyingkapkan apa itu kekayaan kemuliaan misteri ini dalam kalangan bangsa Asing, iaitu Kristus dalam kamu, harapan kemuliaan.” Sebagai percayawan, kita mempunyai Kristus huni dalam kita. Akan tetapi, Kristus yang kita miliki adalah suatu misteri. Walaupun Kristus hidup dalam kita, namun dunia tidak sedar bahawa Dia berada dalam kita. Bagi mereka, ini adalah suatu misteri. Walaupun Kristus ialah misteri, tetapi gereja ialah manifestasi Kristus. Sebagai Tubuh Kristus, gereja ialah ekspresi Kristus. Apabila kita lihat gereja, kita lihat Kristus. Apabila kita masuk ke dalam gereja, kita masuk ke dalam Kristus. Apabila kita menghubungi gereja, kita menghubungi Kristus. Gereja ialah misteri Kristus. (The Conclusion of the New Testament, jil. 12, mesej 190)

ADAM DAN HAWA MENYAMPAIKAN SATU GAMBARAN LENGKAP TENTANG KRISTUS DAN GEREJA

Pasangan yang pertama dalam Bible, Adam dan Hawa, menyampaikan satu gambaran yang lengkap tentang Kristus dan gereja. Menurut buku Kejadian, Tuhan tidak mencipta lelaki dan perempuan pada masa yang sama dan tidak mencipta mereka dengan cara yang sama. Pertama, Tuhan membentuk tubuh lelaki daripada debu tanah. Kemudian Dia menghembuskan nafas hayat ke dalam hidungnya, dan manusia menjadi sukma hidup (Kej. 2:7). Selepas Tuhan mencipta manusia, Dia bersabda, “Tidak baik bagi manusia itu keseorangan; Aku akan menjadikan seorang pembantu untuknya sebagai pasangannya” (Kej. 2:18). Haiwan dan burung telah dibawa kepada Adam, dan Adam memberi nama kepada mereka. Akan tetapi, bagi Adam, “tidak ditemukan seorang pembantu untuk menjadi pasangannya” (Kej. 2:20). Dalam Adam terdapat kedambaan untuk mendapatkan seorang pasangan, seorang yang berpadanan dengannya. Dalam kalangan ternakan, binatang dan burung tidak adanya pasangan bagi Adam. Untuk menghasilkan pasangan, “Yehova Tuhan menyebabkan manusia itu tidur (Kej. 2:21). Semasa Adam tidur, Tuan mengambil satu daripada tulang rusuknya dan menggunakannya untuk membina seorang perempuan (Kej. 2:22). Perempuan itu sama hayat, sama sifat, dan sama bentuk dengan manusia itu. Selepas itu, apabila Tuhan membawa perempuan kepada Adam, Adam berkata, “Inilah tulang daripada tulangku, dan daging daripada dagingku” (Kej. 2:23). Adam mengetahui bahawa dia telah memperoleh pasangannya.

Kejadian 2:24 menunjukkan bahawa lelaki dan isterinya adalah satu tubuh. Kita tidak harus menganggap bahawa suami dan isteri adalah dua orang yang berpisah, sebaliknya satu persona yang lengkap, dua separuh menjadi satu unit yang lengkap. Suami dan isteri sebagai satu unit yang lengkap merupakan satu gambaran yang ajaib bagi Kristus dan gereja sebagai satu entiti. (Life-study of Ephesians, mesej 53)

TUAN MEWAHIKAN KEPADA PETRUS KEBENARAN TENTANG KRISTUS DAN GEREJA

Dalam Matius 16, Tuan membawa disipal-Nya ke dalam daerah Kaisarea Filipi dan bertanya kepada mereka, “Apa kata orang tentang siapakah Anak Manusia?” (Mat. 16:13) Selepas mereka membalas, Tuan bertanya lagi, “Tetapi kamu, apa katamu tentang siapakah Aku?” (ay. 15) Dengan menerima wahi daripada Bapa, Simon Petrus menjawab dan berkata, “Engkaulah Kristus itu, Anak kepada Tuhan hidup” (ay. 16).

Menurut Efesus 5:32, terdapatnya suatu misteri agung. Misteri agung ini terdiri daripada dua bahagian, Kristus dan gereja. Dalam Matius 16:16-17, Kristus yang diwahikan Bapa merupakan bahagian pertama bagi misteri agung ini. Oleh itu, Tuan terus berbicara tentang gereja dalam ayat 18, “Dan Aku juga berkata kepada kamu bahawa kamu ialah Petrus; di atas batuan ini, Aku akan membina gereja-Ku” (ay. 18). Ini menunjukkan dengan jelas bahawa gereja seharusnya kepunyaan Kristus dan untuk Kristus. Pertama-tamanya, Kristus diakui, dikenali, dan juga diperoleh orang. Seterusnya, Tuan berkata, “Di atas batuan ini, Aku akan membina gereja-Ku, dan pintu-pintu Hades tidak akan mengatasinya.” Batuan ini bukan sahaja merujuk kepada Kristus, malah juga merujuk kepada wahi Kristus, yang telah diterima Petrus dari Bapa. Gereja dibina di atas wahi ini berkenaan Kristus. Oleh itu, “batuan” ini bukan sahaja ialah Kristus sendiri; ia juga merujuk kepada kesedaran, pengetahuan, pengalaman, dan pemerolehan Kristus. (Life-study of Mark, mesej 16)

KELENGKAPAN SABDA TUHAN—KRISTUS DAN GEREJA

Dalam Wasiat Baru, para dutus, terutamanya dutus Paulus telah melengkapi sabda Tuhan tentang misteri Tuhan ialah Kristus dan misteri Kristus ialah gereja. Dengan demikian dia mewahikan kepada kita ekonomi Tuhan dengan sepenuhnya. Dalam Kolose 2:2, dia berbicara tentang “pengetahuan penuh tentang misteri Tuhan, iaitu Kristus”. Dalam Efesus 3:4, Paulus berbicara tentang misteri Kristus. Misteri Tuhan dalam Kolose 2:2 ialah Kristus, manakala misteri Kristus dalam Efesus 3:4 ialah gereja. Paulus juga memperoleh wahi tentang pendispenan Tuhan (2 Kor. 13:14; Ef. 3:14-19). Oleh itu, pelengkapan sabda Tuhan merangkumi Kristus dan gereja, misteri agung ini (Ef. 5:32), iaitu wahi lengkap berkenaan Kristus sebagai Kepala (Kol. 1:26-27; 2:19; 3:11), dan wahi lengkap berkenaan gereja, iaitu Tubuh (Ef. 3:3-6). (The Conclusion of the New Testament, jil. 1, mesej 1)

Bacaan Selanjutnya: The Conclusion of the New Testament, mesej 1, 190, dan 213; Life-Study of Ephesians, mesej 53; Life-Study of Mark, mesej 16.

Comments are closed.