• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 2: Dua Aspek Gereja

Mat. 16:18 Dan Aku juga berkata kepada kamu bahawa kamu ialah Petrus; di atas batuan ini, Aku akan membina gereja-Ku, dan pintu-pintu Hades tidak akan mengatasinya.

Mat. 18:17 Dan jika dia enggan mendengar mereka, beritahulah gereja; jika dia enggan mendengar gereja juga, biarlah dia dipandang sebagai bangsa Asing dan pemungut cukai bagimu.

ASPEK UNIVERSAL

Dalam aspek universal, gereja adalah unik. Dalam hujung buku Efesus bab 1, Paulus mengatakan bahawa gereja ialah Tubuh Kristus, kepenuhan bagi Dia yang memenuhi segala dalam segala. Inilah aspek universal bagi gereja. Oleh sebab Kristus hanya mempunyai satu Tubuh, maka Tubuh ini adalah unik dalam alam semesta.

Gereja Universal

Gereja universal ialah rumah bagi Tuhan yang hidup, Tubuh Kristus, pengantin perempuan yang berpadanan dengan Kristus, Pengantin Lelaki itu, dan manusia baru.

Seperti yang Diwahikan oleh Tuan dalam Matius 16:18

Dalam Matius 16:18, Tuan menyebut tentang gereja buat kali pertamanya. Dalam ayat ini, Dia berkata, “Di atas batuan ini, Aku akan membina gereja-Ku.” Apa yang diwahikan dalam ayat ini ialah gereja universal untuk kesaksian Tuan yang unik dalam alam semesta.

Gereja universal ditubuhkan dengan persona Kristus yang almuhit ini. Dia ialah faktor, elemen, konstituen bagi pembentukan gereja universal. Gereja bukannya dibentuk daripada ketiadaan, namun dibentuk dengan sesuatu yang indah. Ini ditamsilkan oleh Hawa berasal daripada Adam. Adam ialah faktor, elemen, dan konstituen untuk menghasilkan Hawa. Oleh itu, penghasilan gereja adalah berbeza daripada penciptaan; penciptaan menghasilkan sesuatu daripada ketiadaan, manakala gereja terhasil menerusi persona Kristus yang ajaib. Kristus ialah perjasadan Tuhan Tritunggal yang terproses serta manusia yang unik dan sempurna. Gereja universal, Tubuh Kristus, dibina di atas wahi tentang Anak Tuhan yang hidup, Kristus, persona yang ajaib, unggul, dan almuhit.

ASPEK LOKAL

Dari segi universal, gereja adalah unik. Dari segi lokal, gereja diekspresikan di banyak lokaliti. Oleh itu, gereja universal yang unik menjadi banyak gereja lokal. Tuhan diekspresikan dalam Kristus, Kristus diekspresikan dalam gereja, dan gereja diekspresikan dalam gereja-gereja lokal.

Gereja-gereja Lokal

Dalam aspek lokal, gereja diekspresikan dalam banyak lokaliti sebagai gereja-gereja lokal. Oleh itu, satu gereja universal diekspresikan di serata tempat di bumi telah menjadi gereja-gereja lokal. Ekspresi gereja di satu lokaliti ialah gereja lokal bagi lokaliti tersebut.

Gereja universal sebagai Tubuh Kristus diekspresikan menerusi gereja lokal. Gereja-gereja lokal sebagai ekspresi satu tubuh Kristus adalah satu dalam lokaliti. Tanpa gereja-gereja lokal, tempat tersebut tidak ada amalan dan kemunculan bagi gereja universal. Gereja universal direalisasikan dalam gereja lokal. Pengenalan terhadap gereja universal haruslah digenapi dalam pengenalan terhadap gereja lokal. Kita mengenali dan mengamalkan gereja lokal merupakan kemajuan yang besar.

Hanya dalam gereja lokal, barulah gereja menjadi praktikal. Hanya dalam gereja lokal dan menerusi gereja lokal, barulah adanya amalan gereja. Jika kita tidak mempunyai gereja lokal, kita tidak ada apa-apa yang praktikal. Akhirnya, Bible tamat dengan tujuh gereja lokal (Wahi. 1:10-13).

Seperti yang Diwahikan oleh Tuan Dalam Matius 18:17

Gereja universal diwahikan oleh Tuan dalam Matius 16:18, tetapi gereja lokal diwahikan-Nya dalam Matius 18:17. Gereja yang disebut dalam ayat ini pasti merujuk kepada gereja lokal kerana ia menjadi tempat yang dapat kita pergi. Tuan mengatakan bahawa jika kamu mempunyai masalah dengan seorang dikbang, kamu harus pergi mencari dikbang terlebih dahulu. Jika dia mendengar kamu, maka masalah diselesaikan. Tetapi jika dia tidak dengar, kamu harus membawa bersama dengan seorang atau dua untuk bersaksi kepada dia, agar dia dapat mendengar mereka. Jika dia masih enggan dengar, baru kamu membawa masalah ini kepada gereja. Sudah pasti, ini merujuk kepada gereja lokal. Ayat ini tidak merujuk kepada gereja universal, kita tidak dapat membawa masalah kepada gereja universal, namun kepada gereja lokal.

Mengambil Kota sebagai Sempadan dan Tapak bagi Setiap Gereja Lokal

Gereja didirikan di kota-kota yang berlainan dengan mengambil kota sebagai sempadan dan tapak bagi setiap gereja lokal. Wahi 1:11 menunjukkan perkara ini dengan jelas sekali. Dalam ayat ini, terdapat suara yang berkata kepada Yohanes, “Apa yang kamu lihat, tulislah dalam gulungan kitab dan kirimkannya kepada tujuh gereja itu: ke Efesus, ke Smirna, ke Pergamus, ke Tiatira, ke Sardis, ke Filadelfia, dan ke Laodikia.” Cara penulisan ayat ini sangat penting. Di sini kita dapat melihat bahawa gulungan kitab yang dikirim kepada tujuh gereja bersamaan dengan dikirimkan kepada tujuh kota. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa amalan kehidupan gereja pada masa dutus adalah satu gereja untuk satu kota, iaitu satu kota hanya mempunyai satu gereja, dengan mengambil kota sebagai sempadan dan tapak bagi setiap gereja lokal. Tidak ada kota yang mempunyai lebih daripada satu gereja. Inilah gereja lokal, dengan kota sebagai unitnya, dan bukan dengan sebatang jalan ataupun sebuah kawasan.

Wahi 1:11 sejajar dengan Kisah Para Dutus 14:23 dan Titus 1:5. Dalam dua ayat ini, kita dapat melihat bahawa melantik penatua dalam setiap gereja bererti melantik penatua di setiap kota. Ini jelas menunjukkan bahawa lingkungan dan sempadan gereja haruslah sama dengan kota tempat itu berada. Dengan kata lain, sempadan dan pentadbiran gereja adalah sama dengan kota yang didirikan.

Semua Gereja Lokal adalah Satu Tubuh Kristus yang Unik dalam Alam Semesta

Semua gereja lokal adalah satu Tubuh Kristus yang unik dalam alam semesta (Ef. 4:4). Setiap gereja lokal adalah sebahagian daripada Tubuh universal ini, ekspresi lokal bagi Tubuh yang unik. Gereja universal, satu Tubuh ini, merangkumi semua gereja lokal. Mungkin terdapatnya beribu dan berlaksa gereja lokal, tetapi semuanya bersatu menjadi satu gereja universal. Gereja universal ialah Tubuh Kristus yang unik, dan semua gereja lokal ialah ekspresi bagi Tubuh ini dari segi lokal. (The Conclusion of the New Testament, mesej 199-200)

Bacaan Selanjutnya: The Conclusion of the New Testament, mesej 199-200.

Comments are closed.