• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 11: Perhimpunan Kumpulan

Ef. 5:19 Berbicara kepada satu sama lain dengan mazmur, kidung, dan nyanyian rohani, bernyanyi dan bermazmur dengan hatimu kepada Tuan. Kol. 3:16 Hendaklah sabda Kristus huni dalam kamu dengan kayanya dalam segala kearifan, mengajar dan menegur satu sama lain dengan mazmur dan kidung serta nyanyian rohani, bernyanyi dengan kurnia dalam hatimu kepada Tuhan. Flp. 2:1 Oleh itu, dalam Kristus, jika ada apa-apa galakan, jika ada apa-apa pelipuran kasih, jika ada apa-apa persekutuan roh, jika ada apa-apa kelembutan hati dan belas kasihan. PERHIMPUNAN KUMPULAN HARUS MENGKONSTITUT LAPAN PULUH PERATUS DARIPADA KEHIDUPAN GEREJA Berkenaan perhimpunan kumpulan, kita harus sedar bahawa langit dan bumi boleh ditinggalkan, tetapi perhimpunan kumpulan kecil sama sekali tidak boleh ponteng. Sebenarnya, lapan puluh peratus daripada kehidupan gereja terdiri daripada perhimpunan kumpulan. Ini kerana perhimpunan kumpulan adalah sebahagian daripada jalan yang ditetapkan Tuhan. Perkara ini diwahikan dengan jelas dalam Wasiat Baru. Gereja wujud pada hari Pentakosta. Menurut Kisah Para……

Tekan untuk terus baca…

Topik 7: Hidup secara Khusus demi Injil

Kis. 8:4 Maka mereka yang terselerak itu pergi ke serata tanah itu sambil menginjilkan sabda. Kis. 8:5 Dan Filipus turun ke kota Samaria dan memberitakan Kristus kepada mereka. 1 Tim. 2:4 Dia menghendaki semua manusia diselamatkan dan sampai pada pengetahuan penuh terhadap kebenaran. DEFINISI INJIL Injil ialah Kristus, iaitu perjasadan Tuhan Tritunggal yang terproses, mencapai kita sebagai Roh terkonsumasi, yakni konsumasi Tuhan Tritunggal demi kenikmatan kita. Berdasarkan kebenaran, injil ialah seluruh Wasiat Baru. Orang Kristian biasa mengatakan bahawa terdapat empat Injil, tetapi Paulus memberitahu kita bahawa seluruh buku Roma ialah injil Tuhan (1:1, 15). Buku Roma berbicara tentang pemberitaan terhadap Tuhan, pengutukan Tuhan terhadap manusia yang jatuh, dan kehidupan tubuh, antaranya merangkumi gereja-gereja lokal dalam bab 16. Pernahkah kamu menerima definisi injil dalam pandangan yang meluas? Dari aspek persona, injil ialah satu persona yang ajaib; tetapi dari aspek kebenaran, injil ialah seluruh wahi divin bagi dua puluh tujuh buku dalam……

Tekan untuk terus baca…

Topik 16: Pembinaan Tubuh Kristus

Ef. 4:12 Untuk menyempurnakan para pekudus demi kerja ministri itu, demi pembinaan Tubuh Kristus. Ef. 4:16 Daripada-Nya seluruh Tubuh, apabila digabungkan bersama dan dikaitkan bersama menerusi setiap sendi yang kaya bekalannya serta menerusi operasi yang ada pada ukuran setiap bahagian, menyebabkan Tubuh bertumbuh sehingga membina dengan sendiri dalam kasih. Pembinaan Tubuh Kristus adalah menerusi pertumbuhan Tubuh. Kita semua perlu bertumbuh agar Tubuh dapat dibina. Jika kita bertumbuh, Tubuh bertumbuh, dan pertumbuhan Tubuh adalah untuk pembinaannya. MENERUSI ANGGOTA-ANGGOTA TUBUH DISEMPURNAKAN UNTUK MELAKUKAN KERJA MINISTRI Pertumbuhan Tubuh adalah menerusi anggota-anggota Tubuh disempurnakan untuk melakukan kerja ministri Wasiat Baru—pembinaan Tubuh Kristus (Ef. 4:2). Hari ini, terdapat banyak pekudus tidak dapat berfungsi dalam perhimpunan. Ini kerana kita kekurangan pertumbuhan. Jika kita bertumbuh hari demi hari, kita pasti adalah hidup. Dengan itu, apabila kita datang ke perhimpunan, kita akan mempersembahkan doa atau berkata, “Puji Tuan!” Ini menandakan bahawa kita adalah hidup. Akan tetapi, keadaan adalah……

Tekan untuk terus baca…

Topik 15: Pembauran Tubuh Kristus

1 Kor. 10:17 Memandangkan terdapat hanya satu roti, kita yang banyak ialah satu Tubuh; kerana kita semua berbahagian dalam satu roti ini. 1 Kor. 12:24 Anggota-anggota kita yang cantik pula tidak memerlukannya. Tetapi Tuhan telah membaurkan tubuh bersama, dengan memberi kehormatan yang lebih berlimpah kepada anggota yang kekurangan. KEPERLUAN TERHADAP PEMBAURAN Pemikiran tentang pembauran adalah kuat dalam Bible. Dalam Wasiat Lama, terdapat tamsil bagi pembauran yang menggenapkan ekonomi Tuhan. Akan tetapi, jika kita membaca Wasiat Lama dalam huruf sahaja, kita tidak akan dapat nampak tamsil ini. Dutus Paulus amat menekankan tamsil bagi pembauran. Dalam 1 Korintus 10:17, Paulus berkata, “Memandangkan terdapat hanya satu roti, kita yang banyak ialah satu Tubuh; kerana kita semua berbahagian dalam satu roti ini.” Paulus melihat gereja sebagai satu roti. Fikiran ini tidak dicipta oleh dirinya sendiri, tetapi berasal daripada Wasiat Lama. Korban sajian dalam Imamat 2:4 terdiri daripada roti yang dibuat daripada tepung halus disebatikan……

Tekan untuk terus baca…

Topik 14: Persembahan Harta Benda

Luk. 6:38 Berilah, maka akan diberi kepadamu; suatu ukuran yang baik, dipadatkan dan digoncang, malah berlimpah-limpah, kesemuanya akan dicurahkan ke dalam pangkuanmu. Kerana dengan ukuran apa kamu mengukur, itu akan diukur kepadamu sebagai balasan. Sejak manusia jatuh dan mempunyai masalah dengan Tuhan, malah meninggalkan kedudukan mereka yang menerima Tuhan sebagai segala-galanya, harta benda telah menjadi sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia yang jatuh. Musuh Tuhan, yakni Syaitan iblis itu, mengambil kesempatan untuk mempergunakan keadaan manusia yang jatuh ini dengan menggoda manusia sehingga manusia menyembah berhala-berhala pembawa kekayaan kerana hendak mendapatkan kekayaan dan keuntungan. Itulah sebabnya Tuan Yesus memberitahu kita bahawa seseorang “tidak dapat melayan Tuhan dan mamon” (Mat. 6:24). PEMBERIAN TUHAN “Jangan menaruh harapan mereka pada kekayaan yang tidak menentu, tetapi pada Tuhan yang memberi kita segala sesuatu dengan kayanya untuk kita nikmati” (1 Tim. 6:17). Kata-kata ini mendedahkan muslihat Syaitan yang menggoda manusia, menunjukkan kepada kita bahawa pada lahiriahnya……

Tekan untuk terus baca…

Topik 13: Perhimpunan Bertutur-sabda

1 Kor. 14:23 Oleh itu, jika seluruh gereja berkumpul di satu tempat, dan semua berbahasa lidah dan sesetengah orang yang tidak mempelajari bahasa lidah atau yang tidak percaya masuk, tidakkah mereka akan mengatakan bahawa kamu tidak siuman? 1 Kor. 14:24 Tetapi jika semua bertutur-sabda dan sesetengah orang yang tidak percaya atau orang yang tidak mempelajari bahasa lidah masuk, maka dia akan diinsafkan oleh semua, diperiksa oleh semua. 1 Kor. 14:31 Kerana kamu semua boleh bertutur-sabda satu demi satu, agar semua dapat belajar dan semua dapat digalakkan. CARA BERTUTUR-SABDA DALAM 1 KORINTUS 14 Cara bertutur-sabda dalam 1 Korintus 14 didapati dalam perhimpunan gereja (ay. 23-24). Ayat 23 berkata, “Jika seluruh gereja berkumpul di satu tempat…” Ini merujuk kepada perhimpunan gereja, bukan dalam perhimpunan rumah atau perhimpunan kumpulan kecil. Tambahan pula, cara bertutur-sabda dalam 1 Korintus 14 adalah untuk pembinaan gereja (ay. 4-5). Menurut pengalaman dan pemerhatian kita, jalan yang terbaik untuk……

Tekan untuk terus baca…

Topik 12: Perhimpunan Pemecahan Roti

1 Kor. 11:24 Dan selepas mengucapkan syukur, Dia memecahnya dan berkata, Inilah tubuh-Ku yang diserahkan untukmu; demikianlah kamu lakukan demi memperingati Aku. 1 Kor. 11:25 Begitu juga dengan cawan selepas mereka makan, berkata, Cawan ini ialah waadah baru yang didirikan dalam darah-Ku; demikianlah kamu lakukan, setiap kali kamu minum, demi memperingati Aku. MEMPERINGATI TUAN – BERPUSATKAN TUAN Perhimpunan pemecahan roti bukan untuk apa-apa yang lain tetapi untuk memperingati Tuan yang merupakan pusat agar Tuan beroleh kenikmatan. Setiap perkara dalam perhimpunan ini, baik nyanyian kidung, doa, pembacaan Bible, atau kata-kata ilham, harus berpusatkan Tuan. Kita harus berbicara tentang persona dan kerja-Nya, kasih dan virtu-Nya, kehidupan atau penderitaan-Nya di atas bumi, serta penghormatan dan kemuliaan-Nya di syurga, supaya orang teringat akan semua ini atau menyedari semua ini dan memperingati Tuan sendiri. Dalam perhimpunan seperti ini, hati kita harus mengenang Tuan dan menatap Tuan dalam roh kita agar batin kita berilham terhadap Tuan…….

Tekan untuk terus baca…

Topik 10: Kumpulan Vital

Kis. 2:46 Hari demi hari, terus berteguhan dengan sehati sejiwa di dalam bait dan memecah roti dari rumah ke rumah, mereka sama-sama makan dengan sorak riang dan dengan hati murni, Kis. 2:47 Memuji Tuhan dan beroleh kurnia bersama dengan semua orang. Dan Tuan menambahkan orang yang diselamatkan itu bersama-sama hari demi hari. MEMBENTUK KUMPULAN VITAL Mempunyai Persekutuan yang Menyeluruh dan Intim dengan Pekudus Melaksanakan kumpulan vital bukan satu gerakan. Menjadi vital dan penuh bertenaga adalah perkara individu. Untuk menjadi vital dan penuh bertenaga, kamu perlu didesak oleh Tuan sehingga kamu berusaha sepenuh daya untuk mengejar Tuan secara mutlak. Selepas kamu beroleh kecergasan, kamu tidak harus menghimpunkan banyak pekudus untuk menggalakkan atau mendorong perkara ini sebagai satu gerakan. Sebaliknya, satu-satunya perkara yang harus kamu lakukan selepas beroleh kecergasan ialah mencari pimpinan Tuan tentang pekudus yang harus kamu hubungi dalam kalangan pekudus yang banyak. Kamu harus sama sekali ikut bimbingan Tuan, bahkan……

Tekan untuk terus baca…

Topik 9: Menggembala Domba Tuan

Yoh. 21:15 Kemudian, setelah mereka makan sarapan, Yesus berkata kepada Simon Petrus, Simon, anak Yohanes, adakah kamu mengasihi Aku lebih daripada segala ini? Petrus berkata kepada-Nya, Ya Tuan, Engkau tahu bahawa aku mengasihi Engkau. Yesus berkata kepadanya, Berilah makan kepada anak-anak domba-Ku. KEPERLUAN GEMBALA DALAM PEMULIHAN TUAN Kita perlu mendirikan tabiat menghubungi orang. Dalam Kidung Agung 1:8 Tuan berkata kepada pengikut-Nya, “Keluarlah ikut jejak kaki kawanan domba, / Dan gembalalah anak-anak kambingmu.” Ayat ini menunjukkan bahawa kita harus lari mengikut Tuan. Ketika kita berlari, kita perlu menjaga mereka yang lebih muda, iaitu anak-anak kambing kita. Kita perlu membawa mereka ke khemah Gembala, umat Tuhan akan bertemu dengan Ketua Gembala. Buku injil Yohanes adalah satu buku yang berbicara tentang injil hayat, dan juga keperluan terhadap penggembalaan. Pada keakhiran bab 20, buku Injil Yohanes telah tamat pada hakikinya, namun masih ada satu lagi bab sebagai lampiran, iaitu bab 21. Perkara utama dalam……

Tekan untuk terus baca…

Topik 6: Melayan Tuan

Ef. 4:16 Daripada-Nya seluruh Tubuh, apabila digabungkan bersama dan dikaitkan bersama menerusi setiap sendi yang kaya bekalannya serta menerusi operasi yang ada pada ukuran setiap bahagian, menyebabkan Tubuh bertumbuh sehingga membina dengan sendiri dalam kasih. BAGAIMANA MELAYAN TUAN Melayan dengan Seluruh Diri Kita Seluruh diri kita terdiri daripada tiga bahagian, iaitu roh, sukma, dan tubuh. Melayan Tuan dengan seluruh diri kita bermaksud roh, sukma dan tubuh berbahagian dalam pelayanan terhadap Tuan. Mula-mula sekali, kita harus mempersembahkan tubuh kita kepada Tuan; kedua, minda kita, yakni bahagian utama sukma kita, harus diperbarui dan ditransform; ketiga, roh kita harus membara. Dengan demikian, ketiga-tiga bahagian ini sama-sama melayan Tuan. Mengikut Tuan Melayan Tuan menuntut kita mengikut Tuan (Yoh. 12:26). Jalan yang ditempuh Tuan juga harus ditempuh oleh orang yang melayan Tuan. Kita perlu mengikut Tuan tidak kira bagaimana Tuan bergerak. Di mana sahaja Dia berada, di situlah kita harus berada. Dia memilih salib, mati……

Tekan untuk terus baca…