1 Yoh. 1:1 Apa yang telah ada dari mulanya yang telah kami dengar, yang telah kami lihat dengan mata kami, yang telah kami tatap dan dipegang oleh tangan kami, berkenaan Sabda hayat itu.
1 Yoh. 2:24 Bagi kamu pula, hendaklah apa yang kamu dengar dari mulanya itu tinggal dalam kamu. Jika apa yang kamu dengar dari mulanya itu tinggal dalam kamu, maka kamu juga akan tinggal dalam Anak dan dalam Bapa.
MAKNA BAGI “PEMULIHAN TUAN”
Istilah “pemulihan” bermaksud bahawa sesuatu wujud pada keadaan asal, tetapi telah hilang. Oleh itu, terdapat keperluan untuk memulihkan perkara itu kembali kepada keadaan asal. Istilah ini dikira ringkas, namun apabila kita berbicara tentang pemulihan Tuan, dan menerapkan istilah ini pada seluruh wahi dalam Bible, kita akan melihat istilah ini amat mendalam dan mustahak. (Concerning the Lord’s Recovery, m.s. 7)
Pemulihan Tuan ialah pemulihan kebenaran divin seperti yang diwahikan dalam Kitab Kudus, Sabda kudus Tuhan (2 Tim. 3:16). Kebenaran ini diwahikan dalam Bible (Sabda kudus Tuhan). Dari abad ke abad, kebenaran yang diwahikan dalam Bible telah hilang, diabaikan, disalahfahamkan, disalahtafsirkan, serta diajar dengan salah. Oleh itu, perlu adanya pemulihan Tuan. Pada zaman awal para dutus, zaman bapa-bapa gereja, zaman majlis gereja, zaman Katolik dan sistem paus, dan zaman amalan prostestant, Tuan sentiasa memulihkan kebenaran yang telah hilang, diabaikan, disalahfahamkan, disalahtafsirkan dan diajar dengan salah menerusi pekudus yang mengasihi-Nya dan yang mengasihi Sabda kudus-Nya. (1993 Blending Conference Messages, m.s. 13-14)
ASPEK PERTAMA PEMULIHAN TUAN – WAHI TUHAN
Wahi Tuhan ialah pembicaraan Tuhan. Bermula dari Musa dalam Wasiat Lama hingga ke dutus Yohanes dalam Wasiat Baru, Tuhan berbicara lebih daripada seribu lima ratus tahun. Selama ini, Tuhan berbicara. Pembicaraan-Nya digabungkan bersama menjadi Bible lengkap yang berada di tangan kita hari ini. Oleh itu, buku yang terakhir dalam Bible, buku Wahi, berkata bahawa jangan kita menambah apa-apa kepada kata-kata ini dan juga mengeluarkan apa-apa daripada kata-kata ini (22:18-19).
ASPEK KEDUA PEMULIHAN TUAN – KEHIDUPAN TUHAN-MANUSIA
Aspek kedua pemulihan Tuan, yakni kehidupan Tuhan-manusia merupakan sejenis kehidupan yang harus dimiliki oleh percayawan. Dunia menekankan kehidupan yang bermoral dan beretika serta kehidupan agamawi, tetapi semua ini bukan apa yang dikehendaki Tuhan. Apa yang dikehendaki Tuhan ialah kehidupan Tuhan-manusia, yakni Tuhan dan manusia hidup bersama.
ASPEK KETIGA PEMULIHAN TUAN – AMALAN GEREJA
Gereja sebagai Tubuh Kristus yang universal ialah rumah universal Tuhan dan kingdom Tuhan (Ef. 1:23; 1 Tim. 3:15-16; Mat. 16:18-19). Ketiga-tiga ini, iaitu Tubuh Kristus, rumah Tuhan, dan kingdom Tuhan, adalah satu. Tubuh Kristus ialah rumah Tuhan, dan rumah Tuhan ialah kingdom Tuhan.
Tubuh Kristus yang universal ialah rumah Tuhan, yakni, kingdom Tuhan, yang dipernampakkan di setiap kota sebagai gereja lokal. Bible menunjukkan kepada kita bahawa satu kota seharusnya hanya mempunyai satu gereja untuk mengekalkan kesatuan dan mengelakkan perpecahan (Ul. 12:5-18; Kis. 8:1; 13:1; Wahi 1:4,11). Walaupun gereja lokal berselerak di serata tempat disebabkan geografi, tetapi mereka tidak dipecahbelahkan oleh doktrin ataupun perkara (1 Kor. 10:16-17). (The Issue of the Union of the Consummated Spirit of the Triune God and the Regenerated Spirit of the Believers, m.s. 75-86)
Bacaan Selanjutnya: Concerning the Lord’s Recovery, bab 1; 1993 Blending Conference Messages Concerning the Lord’s Recovery and Our Present Need, bab 1; The Issue of the Union of the Consummated Spirit of the Triune God and the Regenerated Spirit of the Believers, bab 6.