• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 16: Penyelamatan Organik

Roma 5:10 Kerana jika kita, ketika menjadi musuh, diperdamaikan dengan Tuhan menerusi kematian Anak-Nya, maka lebih-lebih lagi kita akan diselamatkan dalam hayat-Nya, setelah kita diperdamaikan.

PENYELAMATAN TUHAN DARI SEGI ORGANIK

Penyelamatan Tuhan dari segi organik adalah menerusi hayat Tuhan (Roma 1:17b; Kis. 11:18; Roma 5:10b, 17b, 18b, 21b). Aspek judisial menurut keadilbenaran Tuhan adalah untuk menyempurnakan penebusan Tuhan; manakala aspek organik menerusi hayat Tuhan adalah untuk menyempurnakan penyelamatan Tuhan, yang merangkumi kelahiruan, penggembalaan, pengudusan, pembaruan, transformasi, pembinaan, konformasi, dan pemuliaan. Ini adalah tujuan penyelamatan Tuhan untuk menggenapkan segala yang ingin dicapai Tuhan dalam percayawan dalam ekonomi-Nya menerusi hayat divin-Nya. (The Organic Aspect of God’s Salvation, m.s. 16)

Kelahiruan

Kelahiruan bererti menjanakan percayawan yang ditebus dengan hayat divin supaya mereka dilahirkan daripada Tuhan untuk menjadi anak-anak-Nya yang kepunyaan spesies-Nya. (Alam Divin dan Mistikal, m.s. 21)

Penggembalaan

Penggembalaan merangkumi pemberian makan, seperti ibu yang menyusui memberi bayi minum susu agar bayi dikhasiati susu seperti yang dibicarakan dalam 1 Petrus 2:2. (The Organic Aspect of God’s Salvation, m.s. 32)

Pengudusan

Pengudusan bererti menguduskan percayawan yang bertumbuh dalam hayat divin dari segi perwatakan dengan sifat divin Tuhan (Roma 15:16; 6:19, 22; 1 Tes. 5:23). Pembaruan Pembaruan bererti menyebabkan minda kita berubah dalam agama, logik, dan falsafah kita berkenaan alam semesta, manusia, Tuhan, dan sebagainya melalui Roh kebenaran dengan wahi-wahi Bible, malah menyebabkan minda kita digantikan dengan minda Kristus menerusi kerja penghapusan oleh salib (Tit. 3:5; Roma 12:2b; Ef. 4:23; Roma 8:6; Flp. 2:5; 2 Kor. 4:16). (Alam Divin dan Mistikal, m.s. 21-22)

Transformasi

Transformasi bukanlah perubahan atau pembetulan di luar, sebaliknya fungsi metabolik hayat Tuhan dalam percayawan. Pembinaan Pembinaan bererti Tuhan-manusia bersatu bersama dengan Tuhan-manusia yang lain dalam hayat divin dengan pertumbuhan dalam hayat divin. (The Organic Aspect of God’s Salvation, m.s. 32)

Konformasi

Konformasi bererti dikonform kepada imej penuh dewasa bagi Anak sulung Tuhan, yang merupakan Tuhan-manusia yang pertama, prototaip untuk reproduksi besar-besaran. (Alam Divin dan Mistikal, m.s. 23) Pemuliaan Pemuliaan bererti penyebarluasan kemuliaan Kristus daripada percayawan melalui pertumbuhan mereka sehingga mencapai kematangan dalam hayat Kristus. (The Organic Aspect of God’s Salvation, m.s. 63)

KONSUMASI MUKTAMAD PENYELAMATAN LENGKAP TUHAN—YERUSALEM BARU

Kerja organik Tuhan, bermula daripada kelahiruan sehingga pemuliaan, bermula daripada Tuhan memasuki manusia sehingga mengerjakan manusia ke dalam Tuhan dengan sepenuhnya. Kelahiruan ialah Tuhan masuk ke dalam manusia, sementara pemuliaan ialah manusia masuk ke dalam Tuhan. Dengan demikian, manusia sama sekali berbaur dan bersatu dengan Tuhan lalu mengekspresikan imej Tuhan. Inilah pemuliaan. Konsumasi muktamad penyelamatan lengkap Tuhan ialah Yerusalem Baru—kristalisasi bagi penyatuan dan pembauran antara Tuhan dan manusia, yakni Tuhan Tritunggal yang terproses dan terkonsumasi dengan manusia tripartit yang dilahirukan, ditransform, dikonform, dan dimuliakan. (The Organic Aspect of God’s Salvation, m.s. 74)

Bacaan Selanjutnya: The Organic Aspect of God’s Salvation, bab 1-5; Alam Divin dan Mistikal, bab 2.

Comments are closed.