• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 11: Tubuh Kristus

Ef. 1:22 Dan Tuhan telah menundukkan segala sesuatu di bawah kaki-Nya dan memberi-Nya menjadi Kepala atas segala sesuatu kepada gereja.

Ef. 1:23 Gereja ialah Tubuh-Nya, iaitu kepenuhan Dia yang memenuhi segala dalam segala.

Efesus 1:22 dan 23 mewahikan gereja ialah Tubuh Kristus. “Tuhan telah menundukkan segala sesuatu di bawah kaki-Nya dan memberi-Nya menjadi Kepala atas segala sesuatu kepada gereja; gereja ialah Tubuh-Nya, iaitu kepenuhan Dia yang memenuhi segala dalam segala.” Gereja bukan satu organisasi, tetapi Tubuh organik yang dikonstitut oleh semua percayawan yang telah dilahirukan dan memiliki hayat Tuhan untuk mengekspresikan Kepala. Tubuh Kristus ialah kepenuhan bagi Kepala, dan kepenuhan ialah ekspresi Kepala. Kristus, Dia yang memenuhi segala dalam segala, memerlukan Tubuh menjadi kepenuhan-Nya. Tubuh ini ialah gereja-Nya sebagai ekspresi-Nya.

Gereja ialah Tubuh Kristus, dan Kristus ialah Kepala bagi gereja (Kol. 1:18). Justeru, gereja dan Kristus adalah satu Tubuh, yakni manusia besar yang penuh misteri dan universal, mempunyai hayat dan sifat yang sama. Kristus ialah hayat dan isi kandungan Tubuh, dan Tubuh ialah organisma dan ekspresi Kristus. Sebagai Tubuh, gereja menerima segala-gala daripada Kristus; oleh itu, segala yang dimiliki Kristus diekspresikan menerusi gereja. Kristus dan gereja, kedua-duanya berbaur dan menjadi satu, dengan Kristus sebagai isi kandungan dalaman dan gereja sebagai ekspresi luaran.

TERDIRI DARIPADA ANGGOTA-ANGGOTA TUBUH

Tubuh Kristus terdiri daripada percayawan yang merupakan anggota Tubuh. Roma 12:5 berkata, “Jadi, kita yang banyak ialah satu Tubuh dalam Kristus, dan anggota kepada satu sama lain secara individu.” Frasa “dalam Kristus” amat penting kerana ia menandakan penyatuan organik percayawan dan Kristus. Sebagai percayawan dalam Kristus, kita bersatu secara organik dengan Kristus; kita bersatu dengan-Nya dalam hayat. Disebabkan kita telah bersatu secara organik dengan Kristus, kita telah ditanam ke dalam Tubuh Kristus secara organik. Sekarang, dalam Kristus, kita adalah bahagian-bahagian organik dalam Tubuh.

Hayat Tubuh ialah hayat korporat. Kita dapat memahami hal ini dengan mempertimbangkan tubuh jasmaniah kita, yang merupakan entiti korporat yang terdiri daripada banyak anggota, yang masing-masing mempunyai hayat dan fungsi dalam tubuh. Jika anggota tubuh diasingkan atau terpisah daripada tubuh, anggota tersebut akan kehilangan hayat dan fungsinya. Ini menandakan bahawa tidak ada anggota yang dapat berdikari daripada tubuh atau menjadi individualistik. Begitu juga dengan prinsip Tubuh Kristus. Percayawan ialah anggota Tubuh Kristus, tidak ada satu anggota tubuh yang lengkap; sebaliknya, setiap percayawan adalah satu anggota dalam Tubuh. Oleh itu, kita harus berada dalam Tubuh demi hayat dan fungsi.

Roma 12:5 mewahikan bahawa kita adalah anggota kepada satu sama lain dalam satu Tubuh. Kita, meskipun banyak, tetap satu Tubuh, satu entiti. Dalam Tubuh, kita dapat berfungsi dan mengekspresikan Kristus secara korporat. Kita adalah anggota yang banyak, bukan banyak unit yang berasingan. Sebagai anggota tubuh, kita perlu berkoordinasi dengan yang lain agar kita dapat menjadi Tubuh yang hidup dan berfungsi.

DIBAPTIS KE DALAM SATU ROH

Satu Korintus 12:13 berkata, “Kerana dalam satu Roh juga, kita semua telah dibaptis ke dalam satu Tubuh, baik orang Yahudi mahupun orang Yunani, baik abdi mahupun orang bebas, dan semuanya telah diberi untuk minum satu Roh.” Roh itu sebagai lingkungan dan elemen baptisan rohani kita dan dalam roh ini, kita telah dibaptis ke dalam satu entiti organik, Tubuh Kristus. Oleh itu, tanpa mengira bangsa, kewarga-negaraan, dan taraf sosial, kita telah menjadi satu Tubuh. Kristus ialah hayat dan konstituen Tubuh ini, dan Roh ini ialah realiti Kristus. Kita semua dalam satu Roh ini telah dibaptis ke dalam satu Tubuh yang hidup untuk mengekpresikan Kristus.

DIBERI UNTUK MINUM SATU ROH

Dalam ayat 13, Paulus memberitahu kita bahawa kita bukan sahaja dibaptis ke dalam satu Roh, kita juga “diberi untuk minum satu Roh”. Dibaptis dalam Roh itu adalah masuk ke dalam Roh itu dan hilang dalam-Nya; minum Roh itu adalah menerima Roh itu ke dalam dan menjadikan seluruh diri kita ditepui-Nya. Melalui dua prosedur ini, kita dibaurkan dengan Roh itu. Dibaptis dalam Roh itu merupakan permulaan pembauran dan adalah sekali untuk selama-lamanya. Minum Roh itu merupakan kelanjutan dan penyempurnaan pembauran, dan adalah terus-menerus hingga selama-lamanya. Oleh itu, selepas dibaptis ke dalam satu Roh, kita perlu minum satu Roh untuk ditepui dan diresapi dengan Roh itu.

Ayat 13 menunjukkan bahawa kita minum satu Roh dalam Tubuh. Dalam satu Roh, kita semua telah dibaptis ke dalam satu Tubuh untuk minum satu Roh. Roh itu berada dalam Tubuh. Asalkan kita berada dalam Tubuh, kita dapat minum Roh itu.

Dibaptis ke dalam satu Tubuh merupakan pengalaman sekali buat selama-lamanya; minum satu Roh pula adalah pengalaman yang terus-menerus. Dalam kehidupan Tubuh, kita mempunyai kedua-duanya, baptisan dan minum. Kita mempunyai baptisan sebagai prosedur untuk menerima hakikat, dan juga kita mempunyai minum sebagai pengalaman setiap masa. Sekarang kita berada dalam Tubuh untuk minum. Dalam satu Roh, kita semua telah dibaptis, dan sekarang kita minum satu Roh dalam satu Tubuh.

DIKONSTITUSI DENGAN KEKAYAAN KRISTUS YANG TIDAK TERDUGA

Tubuh Kristus dikonstitusi dengan kekayaan Kristus yang tidak terduga. Dalam Efesus 3:8, Paulus berkata, “Kepada aku yang lebih kecil daripada yang terkecil dalam kalangan pekudus, telah diberi kurnia ini untuk menginjilkan kekayaan Kristus yang tidak terduga kepada bangsa Asing.” Paulus memberitakan kekayaan Kristus yang tidak terduga agar gereja sebagai Tubuh Kristus dapat dihasilkan. Tubuh berasal daripada kekayaan Kristus.

Buku Efesus menggunakan istilah “kekayaan Kristus yang tidak terduga”, dan juga “kepenuhan Dia yang memenuhi segala dalam segala” (1:23). Di sini terdapat perbezaan antara kekayaan Kristus dan kepenuhan Kristus. Kekayaan Kristus adalah segala apanya Kristus. Kepenuhan Kristus ialah gereja, yakni Tubuh, hasil daripada kenikmatan terhadap kekayaan Kristus. Dalam manusia alamiah, kita bukan kepenuhan Kristus, kita bukan Tubuh; namun apabila kita menikmati kekayaan Kristus, kita menjadi Tubuh, kepenuhan-Nya.

MENGAMBIL KRISTUS SEBAGAI KEPALA

Kristus ialah Kepala Tubuh. Dalam Efesus 5:23, Paulus berkata, “Kristus ialah Kepala gereja memandangkan Dia sendiri ialah Penyelamat Tubuh.” Dia sebagai Kepala adalah berkenaan kuasa, manakala Dia sebagai Penyelamat adalah berkenaan kasih. Kita harus tunduk kepada Dia yang merupakan Kepala kita, dan kita harus mengasihi Dia yang merupakan Penyelamat kita.

Sebagai Kepala gereja (Tubuh), Kristus telah bergabung dengan Tubuh. Pada tubuh jasmaniah kita, kepala dan tubuh adalah satu; begitu juga Kristus (Kepala), dan gereja (Tubuh-Nya) adalah saling berhubung, justeru adalah satu. Tubuh dan Kepala adalah satu dalam hayat divin dan Roh divin.

Segala apa yang disempurnakan, diperoleh, dan dicapai Kepala, Kristus, bukan sahaja “untuk” Tubuh, bahkan “kepada” Tubuh (Ef. 1:22-23). Ini bermaksud bahawa apa yang diperoleh Kepala kini kepunyaan Tubuh, kerana apa yang diperoleh Kepala telah ditransmisi kepada Tubuh. Oleh itu, Tubuh dihasilkan melalui transmisi Kepala. Apa yang dilewati, diperoleh, dan dicapai Kristus kini ditransmisi kepada Tubuh. (The Conclusion of the New Testament, m.s. 2245-2265)

Bacaan Selanjutnya: The Conclusion of the New Testament, mesej 210-212.

Comments are closed.