Ibr. 1:8 Tetapi berkenaan Anak, “O Tuhan, takhta-Mu adalah selama-lamanya, dan cokmar ketulusan ialah cokmar kingdom-Mu.
Kunci untuk memahami Bible dan memahami Tuhan ialah persona Yesus Kristus. Banyak sejarawan yang menganggap Dia sebagai pemimpin agung, dan banyak reformis sosial yang menganggap Dia sebagai guru agung dalam kalangan manusia. Napoleon menyetarakan dirinya dengan Alexander Agung, Julius Caesar, dan Charlemagne, tetapi dia mengaku bahawa Yesus melebihi mereka semua dan tergolong dalam kategori yang berlainan. Pengikut Marx peringkat awal menyangkal bahawa Dia ialah Tuhan, bahkan Engels menyangkal bahawa Yesus pernah wujud. Akan tetapi, pengikut Marx kemudiannya mengaku bahawa memadamkan Yesus daripada sejarah dan budaya Eropah ialah usaha yang tidak berhasil dan tindakan yang tidak masuk akal, dan bahawa Yesus ialah “teladan bagi nilai manusia yang paling kudus”.
PENGISYTIHARAN KRISTUS SENDIRI
Buku Keluaran memberitahu kita bahawa nama Tuhan ialah ‘Aku Adalah’ (3:14). Ketika Yesus berkata, “Sebelum wujudnya Abraham, Aku adalah,” orang Yahudi mengambil batu untuk merejam-Nya kerana mereka tahu bahawa Dia mengatakan bahawa Dia ialah Tuhan. Yesus sebagai Aku Adalah yang agung itu ialah Tuhan abadi yang kekal wujud.
MUKJIZAT KRISTUS MEMBUKTIKAN BAHAWA DIA IALAH TUHAN
Satu lagi bukti bagi Ketuhanan Kristus ialah mukjizat yang dilakukan-Nya di bumi. Seorang guru Yahudi yang berpengetahuan luas pada zaman-Nya, Nikodemus, mengaku bahawa tidak ada orang yang dapat melakukan mukjizat yang dilakukan oleh Kristus melainkan Tuhan ada bersama dengannya (Yoh. 3:2). Dalam ministri-Nya selama tiga tahun setengah, Dia menyembuhkan yang berkusta (Luk. 5:12-13), memulihkan yang tempang (Mat. 11:5), yang bisu (Mrk. 7:37), dan yang buta (Mat. 9:27-30), bahkan membangkitkan yang mati (Yoh. 11:43-44). Dia mengusir demon (Mat. 8:28-32) dan menenangkan ribut (Mat. 8:23-27). Dia memberi makan kepada lima ribu orang dengan lima roti dan dua ikan (Mat. 14:15-21). Dia mengubah air menjadi wain (Yoh. 2:1-11) dan berjalan di atas laut (Mat. 14:25). Dia mempunyai kudrat atas alam semula jadi dan kuasa atas demon. Dia menggunakan kudrat dan kuasa ini untuk membawa masuk kingdom Tuhan, bahkan memberikan kudrat dan kuasa ini kepada disipal-disipal-Nya. Sesetengah penyabda dalam Wasiat Lama berupaya melakukan mukjizat, tetapi tidak ada yang berupaya melakukan mukjizat seperti yang dilakukan oleh Yesus. Yesus berupaya membangkitkan yang mati menjadi hidup kerana Dia ialah Tuhan dan Dia memegang kudrat hayat.
Dia mengumumkan bahawa Dia ialah kebangkitan dan hayat (Yoh. 11:25). Dia membuktikan diri-Nya sebagai Tuan atas alam semula jadi dan atas Syaitan. Injil Yohanes mengatakan bahawa mukjizat ini menyatakan kemuliaan-Nya (Yoh. 2:11) dan membuktikan bahawa Dia ialah Anak Tuhan (Yoh. 20:30-31).
KATA-KATA KRISTUS MEMPERSAKSIKAN BAHAWA DIA IALAH TUHAN
Dia berbicara dengan kuasa dan hayat (Mat. 7:28-29; Yoh. 6:63). Banyak pemimpin dunia yang telah meninggalkan kata-kata kearifan kepada generasi yang akan datang, tetapi tidak ada seorang pun dalam sejarah yang seperti Kristus yang pernah mempengaruhi begitu banyak orang dengan kata-kata-Nya. Gandhi tidak dapat mengatakan bahawa dia ialah cahaya dunia, dan Aristotle juga tidak dapat mengatakan bahawa dia ialah jalan dan realiti serta hayat. Ahli falsafah yang teragung di dunia paling-paling pun hanya dapat mengatakan bahawa mereka menunjukkan jalan kepada orang; mereka tidak dapat mengatakan bahawa mereka ialah jalan itu. Akan tetapi, Kristus mengatakan bahawa Dia ialah jalan dan realiti serta hayat. Seorang ahli falsafah Perancis pernah mengatakan bahawa jika catatan Injil ialah suatu pemalsuan, maka orang yang memalsukan catatan itu sudah layak menjadi Kristus.
KEMATIAN KRISTUS MEMBUKTIKAN BAHAWA DIA IALAH TUHAN
Kristus meramalkan kematian-Nya kepada disipal-disipal-Nya sebelum kejadian itu berlaku (Mat. 16:21). Kematian-Nya merupakan penggenapan yang tepat bagi nubuat berkenaan Mesias yang diramalkan oleh para penyabda beratus-ratus tahun yang lalu. Dalam Wasiat Lama, Mazmur 22:15-18 menghuraikan babak kematian Kristus: “Kekuatanku mengering umpama serpihan tembikar, dan lidahku melekat pada rahangku; Engkau telah meletakkan aku dalam debu maut. Kerana anjing mengelilingi aku; gerombolan penjahat mengepung aku; mereka menusuk tangan dan kaki aku. Aku menghitung semua tulangku; mereka melihat, mereka memandang aku. Mereka membahagi-bahagikan bajuku sesama sendiri, dan mereka membuang undi untuk pakaianku.” Inilah gambaran yang hidup bagi cara Mesias mati. Sekiranya kita membaca catatan Injil, kita mendapati bahawa ini betul-betul ialah cara Kristus mati. Ketika Kristus digantung di atas salib, tangan dan kaki-Nya ditikam. Matius 27:35 mengatakan bahawa perajurit menyalibkan Kristus, “mereka membahagi-bahagikan pakaian-Nya dengan membuang undi”. Ini benar-benar menggenapi kata-kata nubuat Wasiat Lama.
Masa dan cara Kristus mati telah dibayangkan beratus-ratus tahun dahulu dalam tamsil Wasiat Lama (Kel. 12:3, 5-6). Ketika Kristus mati, Dia berkata, “Sudah selesai!” (Yoh. 19:30). Kematian Kristus bukan keakhiran Kristus; sebaliknya, ia merupakan kemuncak kerja-Nya. Kematian Kristus mencetuskan kejadian-kejadian yang luar biasa, yang memantulkan sifat luar biasa bagi kematian-Nya (Mat. 27:45, 51-53). Bible mengatakan bahawa Kristus mati sebagai Pengganti untuk semua pendosa (1 Ptr. 3:18). Keberkesanan abadi bagi kematian Kristus yang menebus itu merupakan bukti bahawa Kristus ialah Tuhan (Ibr. 9:12, 14).
KEBANGKITAN KRISTUS MEMBUKTIKAN BAHAWA DIA IALAH TUHAN
Dia berada dalam kubur selama kurang daripada tujuh puluh dua jam. Pada hari ketiga, Kristus bangkit dari kubur (Mat. 28:1-6). Ini fakta sejarah yang tidak dapat digulingkan oleh mana-mana sejarawan. Dia bangkit dengan tubuh dan menampakkan diri kepada disipal-disipal-Nya banyak kali selama empat puluh hari (1 Kor. 15:4-7; Kis. 1:3).
Banyak pengkritik moden yang menyangkal kebangkitan, dengan menganggapnya sebagai mitos atau kisah yang diada-adakan oleh disipal-disipal zaman awal. Akan tetapi, hakikat bahawa begitu banyak saksi yang nampak Kristus selepas kebangkitan-Nya, dan hakikat bahawa pertemuan mereka dengan Kristus yang bangkit telah membawa perubahan yang mendalam dalam hidup mereka, merupakan bukti yang kukuh bahawa kebangkitan bukan sesuatu yang diada-adakan. Sebelum kebangkitan Kristus, disipal-disipal amat takut dan tawar hati; bahkan Petrus menyangkal Tuan sebanyak tiga kali (Luk. 22:54-62). Selepas kebangkitan-Nya, kumpulan orang yang sama menjadi berani dan agresif. Petrus ialah yang pertama berdiri pada hari Pentakosta untuk menginjil kepada lebih daripada tiga ribu orang (Kis. 2:14). Kata-kata palsu tidak mungkin menghasilkan perubahan hayat yang sebegini; para disipal juga tidak mungkin berada dalam khayalan agama, kerana mereka semua berbicara dengan waras dan berkelakuan wajar. Gereja zaman awal bukan himpunan orang gila yang menipu diri sendiri tetapi sekumpulan percayawan yang wajar, tulus, dan berminda waras. Kebangkitan Yesus Kristus ialah fakta sejarah yang teragung dalam sejarah manusia.
PERCAYA KEPADA YESUS YANG MERUPAKAN TUHAN
Apabila seseorang menyeru nama-Nya dan percaya kepada-Nya (Roma 10:9), Kristus sebagai Roh hidup masuk ke dalamnya dan mengubah hayatnya. Jika kamu membuka hati kamu kepada-Nya, Dia akan masuk ke dalam kamu untuk menubuhkan kingdom-Nya dalam kamu. Kamu akan dibawa keluar dari kingdom kegelapan ke dalam kingdom cahaya (Kol. 1:13). Kristus akan menjadi hayat baru di dalam kamu (Kol. 3:4), dan kamu akan menjadi orang yang baru dalam Kristus (2 Kor. 5:17). (Kristus ialah Tuhan, m.s. 1-2, 9, 11-13, 15, 18-19, 20, 21-22, 24-25, 28-29)
Bacaan Selanjutnya: Kristus ialah Tuhan; Kepercayaan Orang Kristian yang Normal, bab 3-4; Five Great Mysteries in the Bible, bab 3.