• Setia Melayan | Rapat Mengikut

    Sehati Sejiwa Berkoordinasi | Mengasuh Generasi Muda

Topik 8: Kristus ialah Hayat

Kol. 3:4 Apabila Kristus hayat kita menampakkan diri, maka kamu juga akan ditampakkan bersama dengan-Nya dalam kemuliaan.

HAYAT YANG DIBERIKAN KEPADA KITA OLEH KRISTUS PNEUMATIK

Bible berkata, “Roh itulah yang memberi hayat”. (Yoh. 6:63). Akan tetapi, apakah hayat yang diberikan Roh itu? Kita tahu bahawa terdapat banyak bentuk hayat. Dalam dunia ini ada hayat tumbuhan dan hayat binatang. Hayat tumbuhan adalah lebih rendah, manakala hayat binatang adalah lebih tinggi. Hayat yang lebih tinggi daripada kedua-dua jenis hayat ini ialah hayat manusia. Hari ini, pelbagai bentuk hayat tumbuhan dan hayat binatang melimpahi muka bumi, dan hayat manusia juga memenuhi seluruh bumi. Semua bentuk hayat ini adalah menakjubkan; namun terdapat hayat jenis keempat—hayat divin, yakni hayat yang tidak tercipta.

HAYAT YANG TERTINGGI

Apakah ciri-ciri bagi hayat yang tertinggi ini? Pertama, hayat Tuhan ini adalah divin. Divin bermaksud daripada Tuhan, mempunyai sifat Tuhan, melangkau serta berlainan daripada semua yang lain. Hanya Tuhan adalah divin, maka hayat-Nya adalah divin. Selain itu, hayat Tuhan adalah abadi. Hayat Tuhan adalah tidak tercipta; ia tidak ada permulaan dan pengakhiran. Kita semua lahir pada masa tertentu dan pada hari tertentu, dan kita semua sedar bahawa hayat manusia kita ini berakhir dengan kematian. Namun begitu, hayat Tuhan tidak ada permulaan, dan ia akan kekal buat selama-lamanya. Akan tetapi, Tuhan adalah swawujud dan kekal wujud. Hayat-Nya tidak lenyap dan tidak berubah. Hayat abadi Tuhan bukan sahaja kekal selama-lamanya, bahkan ia sama sekali sempurna dan lengkap dalam kualiti, tanpa sebarang kekurangan atau kecacatan. (Kristus ialah Roh dan Hayat, m.s. 10, 11-12)

HAYAT ABADI ADA DALAM ANAK TUHAN

Satu Yohanes 5:11-12 berkata: “Dan inilah kesaksian, bahawa Tuhan memberi kita hayat abadi dan hayat ini ada dalam Anak-Nya. Dia yang mempunyai Anak mempunyai hayat; dia yang tidak mempunyai Anak Tuhan tidak mempunyai hayat.” Di sini, kita diberitahu bahawa hayat keabadian ini ada dalam Anak. Hayat ini tidak dijumpai di tempat lain. Setelah Anak Tuhan mati dan bangkit serta menjadi Roh Kudus, Dia tidak lagi dibatasi masa dan ruang. Kini, kita dapat menerima-Nya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Mulai sekarang, sesiapa yang menerima Anak Tuhan menerima Tuhan. Begitu juga, sesiapa yang menerima Roh Kudus menerima Anak. Satu Koristus 15:45b berkata, “Adam terakhir telah menjadi Roh beri-hayat.” Kenyataan ini membolehkan semua yang telah menerima Kristus beroleh hayat baru. Bukan sahaja dosa-dosa mereka diampunkan, mereka juga mewarisi hayat abadi daripada Tuhan.

MENERIMA KRISTUS SEBAGAI HAYAT ADALAH MUDAH SEPERTI MENGHIRUP UDARA

Seorang lagi mubaligh yang amat berguna kepada Tuhan ialah Encik F. B. Meyer. Pada mulanya, dia tidak tahu bagaimana Kristus dapat menjadi hayat kita dalam Roh Kudus, dan dia juga tidak mengerti bagaimana hendak menerima hayat ini. Pada suatu hari, dia berdoa di atas gunung dengan harapan untuk memperoleh Anak Tuhan sebagai hayat. Tiba-tiba dia mengerti bahawa dia hanya perlu percaya. Dia pun menarik nafas panjang dan berdoa, “Tuan, sebagaimana aku menghirup udara dengan menarik nafas, begitu juga aku melatih iktikad untuk menghirup Engkau.” Selepas dia turun dari gunung, dia bersaksi kepada orang lain bahawa menerima Anak Tuhan sebagai hayat adalah perkara yang paling mudah, sama seperti menghirup udara ke dalam kamu. (Kepercayaan Orang Kristian yang Normal — Kristus dan Hayat Baru, m.s. 166, 169)

BERTUMBUH DALAM HAYAT DIVIN MENERUSI MAKAN DAN MINUM

Apabila hayat divin ini masuk ke dalam kita, kita dilahirukan; kita beroleh hayat Tuhan, dan kita menjadi anak-anak Tuhan. Dalam hayat insani kita, selepas kita dilahirkan kita terus bertumbuh dengan makan dan minum. Demikian juga, dengan makan Kristus sebagai makanan rohani dan minum Roh itu sebagai air hayat, hayat rohani kita akan bertumbuh. Hari demi hari semasa kita makan dan minum Kristus, kita akan bertumbuh dalam hayat divin. Dengan demikian, kita akan menjadi orang yang dipenuhi Tuhan dan akhirnya mengekspresikan Tuhan dalam kehidupan kita. Inilah makna kehidupan orang Kristian. (Kristus ialah Roh dan Hayat, m.s. 18-19)

Bacaan Selanjutnya: Kristus ialah Roh dan Hayat; Kepercayaan Orang Kristian yang Normal—Kristus dan Hayat Baru, bab 4; Five Great Mysteries in the Bible, bab 3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *